Posts

Utusan Malaysia

Selain daripada sebiji bola dan batang joran..surat khabar adalah suatu benda yang amat sinonim dalam kehidupan aku. Sejak daripada kecil, setiap kali ayah aku pulang kerja setiap petang, pasti beliau akan membawa pulang senaskah akhbar. Maka sudah pasti budaya membaca akhbar itu sudah dipupuk sedari kecil lagi. Hingga kini, rasa tak lengkap untuk memulakan urusan seharian jika tidak membelek-belek akhbar sambil bersarapan pagi. Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling kerap dibawa pulang ayah selain Berita Harian. Usianya sudah lebih 80 tahun sejak nashkah pertama diterbitkan. Maka, aku meneruskan legasi tersebut hinggalah akhbar kompak, Kosmo muncul berapa tahun yang lepas. Maka dengan saiz yang kecil dan isi yang padat, maka aku lebih kerap membeli akhbar Kosmo berbanding Utusan Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua akhbar ini diterbitkan oleh syarikat yang sama. Namun, tanggal 10-10-2019, kedua-duanya tiada lagi dipasaran. Sedih..namun pasrah kerana tiada yang kekal abadi sel

Mudah

Hidup sebenarnya cukup mudah. Ada kitab rujukan kalau terlajak... Ada rukun-rukun yang wajib diikut. Namun, ada yang jadi susah Bila tidak endah kitab rujukan Buat-buat lupa rukun-rukun Lagi susah.. Bila mula cipta rujukan sendiri.. Tambah tolak rukun-rukun tetap Konon nak sesuai dengan zaman.. Supaya nampak hebat dimata manusia.. Lupa pada pencipta yang bagi nyawa.. Laung gegak gempita seluruh buana Luah semua ego dan riak diri Agar diri disanjung melayut tinggi Tapi jangan lupa bila tiba ketika.. Tubuh kaku.. tak boleh mandi.. tak betah sembahyang.. sendiri...

Aidil Adha

Pengorbanan... Hidup perlu pengorbanan.. Untuk mencapai matlamat.. Demi pengakhiran yang selamat.. Salam Aidil Adha.

Kembali

Setelah lama menyepi.. Aku ingin kembali... Meriuhkan sepi... Bagai kelicap... Terbang ke desa aman.. Mencari sarang.. Bak The Reds... Bersama squad lengkap.. Mencabar kejuaraan.. Suka atau tidak.. Harap diterima.. Kerana hanya satu lumrah.. Tak perlu berubah.. Tak payah risau.. Tak usah gundah.. Tiada hak dinafi.. Tiada tempat dirampas.. Tiada hati terguris.. Teruskanlah hidup! Wassalam. abdultalib Desa Karunmas 18082018 09:20:15

Titian Mustaqim

"Kita hidup ada pedoman" kata Pak Itam sambil merenung beburung cecawi hinggap di dahan rapuh. "Betul...harta itu..kita yang cari...pangkat darjat...kita yang usaha...tapi jangan la riak" bentak Pak Ali disuatu tempat beribu kilometer jauhnya dari tempat Pak Itam. "Pergilah walau sejauh mana pun...setinggi gunung Kilimanjaro sekalipun...jangan lupa yang Maha Berkuasa" tambah Pak Abu sambil mengetip cagu kaki dipangkin redup di Simpang Pelangai" Bukan apa..takut tersangkut di Titian Mustaqim nanti.

Kembali....

Kehidupan 30-40 tahun lampau tidaklah semeriah sekarang mungkin. Namun, jika diberi peluang untuk kembali seketika ke zaman kanak-kanak dahulu, mungkin aku tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Hahaha…macam cerita Voyagers pulak. Mustahil bukan?? Kembali ke zaman kanak-kanak, walaupun mungkin selalu kena rotan oleh ibu kerana malas mengaji, mungkin kadang-kadang kena lempang dengan ayah kerana mandi sungai, mungkin risau kena ambil semula peperiksaan seperti Penilaian Darjah 5, SRP dan sebagainya, namun kebebasan dan keriangan di zaman tersebut mampu mengatasi segala kebimbangan. Status budak kampong yang bergelumang dengan lumpur dan selut dipaya ketika menangkap ikan puyu atau sepat, meranduk tebing sungai mencari kijing atau etak, berkaki ayam menendang bola dipadang atau sekurang-kurangnya menaikkan kemarahan ayah dengan berkhemah semalaman ditepi sungai….semua ini mungkin sudah lama berlalu namun pasti masih kekal diingatan. Ah…tidak betah aku untuk melupakan saat

Lorong Tempunai

Dulu.. Rumah dihujung jalan ini... Meriah... Ada anak datang bertandang... Ada cucu belari-lari riang... Dulu... Disinilah tempat mengadu... Susah senang suka duka kehidupan... Kini.... Tiada lagi derap jejak sesiapa Bagai lupa mana asal kita Bagai alpa dulu ada siapa disana... Kembalilah... Walau seketika.. Walau hanya memetik rambai... Walau hanya menghalau tupai... Kerana ada kenangan yang kekal... Tertinggal disini...