Posts

Showing posts from January, 2011

Peluang

Tidak semua orang selalu mendapat peluang... Ada yang langsung tidak pernah... Mungkin ada yang diberi peluang kedua..ketiga...dan seterusnya Peluang ibarat ruang untuk mencapai sesuatu yang dihajati Menempa sebuah impian menjadi pasti Mengubah mimpi menjadi nyata Namun tidak semua orang mampu memanfaatkan peluang Ada yang alpa Ada yang tidak sedar Namun, dinihari esok, Liverpool dihidangkan peluang untuk kembali bangkit Menewaskan Fulham akan meletakkan The Reds di tangga ke-7 carta BPL Kedudukan terbaik musim yang penuh kekecewaan Menebus kembali semua palitan kekalahan demi kekalahan lalu Memadamkan segala igauan buruk Meningkatkan kembali keyakinan Namun kekalahan bukanlah sesuatu yang terlalu buruk Sekurang-kurangnya masing ada peluang Untuk perlawanan mendatang!

Letih

Kalau letih main badminton..main futsal ke...merentas desa ke...tak de hal punya. Perkena 100 Plus seteguk dua....segor le balik. Tapi...bila urusan di jabatan kerajaan yang boleh selesai dalam 10 minit, tapi tergendala hampir2 3 jam....akibat kerenah2 yang tak sewajarnya. Letihnya tak boleh hilang begitu saja...walaupun togok sebotol besar 100 plus... Nampak gayanya masih banyak yang perlu diperbaiki... Walaupun tidak dinafikan beberapa jabatan kerajaan makin meningkat kualitinya, namun sesetengah sektor atau jabatan yang lain masih di takuk lama. Tidak perlu diperincikan rasanya. Permasalahan ini rasanya semua orang pernah melaluinya. Paling kurang pun sekali. Tapi yang tiap-tiap hari melaluinya, ibarat sudah sebati dalam diri. Ada yang kisah dan mahu peningkatan kualiti diperkukuhkan dan dilaksanakan dengan segera. Ada yang tidak kisah..sebab tak perlu berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan tersebut. Hinggalah tiba waktunya. Sebenarnya komitmen, kualiti dan displin kerja boleh di

Tabah

Dulu Ibu pesan jangan menangis... Jika dia pergi dulu... Tak lama dulu juga.. Ayah kata usah meratap.. Tatkala pemergiannya... Kerana semua itu sudah tertulis... Takdir...Qada' dan Qadar Allah Taala. Tapi... Aku menangis di hari-hari pemergian mereka... Seperti tidak dapat menerima ketentuanNya.. Aku bukan degil...tapi tangisan itu... Air mata itu...adalah aliran jujur sebuah kasih... Kerana selepas itu... Aku akan lebih tabah...

Sabar

Sabar Sesungguhnya sebahagian iman Seharusnya menjadi amalan Supaya memberi ketenangan Atau Sekurang-kurangnya masih ada... Sebuah kehidupan yang boleh diteruskan...

Pergi

Selamat Jalan Roy Hodgson! Kami cuba untuk bersabar, tapi kesabaran kami ada hadnya. Anda terpaksa pergi.... Selepas 20 perlawanan, dengan hanya 7 kemenangan, 25 mata di carta BPL serta ketinggalan 19 mata berbanding peneraju carta, Liverpool sudah tidak mampu untuk berdiam diri lagi. Sesuatu harus dilakukan juga. Penyingkiran Roy Hodgson dan perlantikan Kenny Dalglish sebagai penganti harus memberi kekuatan untuk Liverpool kembali ke landasan sebenar. Sepanjang fasa pertama BPL lalu, Liverpool seolah-olah dibuai mimpi. Walaupun dibarisi oleh pemain-pemain hebat seperti Fernando Torres, Steven Gerard, Dirk Kuyt, Joe Cole, Rey Meireles dan Maxi Rodrigues, The Reds kelihatan cukup lemah dan tidak teratur. Mungkin keputusan menyingkirkan Hogdson adalah jalan terakhir dan tepat buat ketika ini. Semalam, walaupun tewas kepada M.U 0-1, dalam Piala FA, namun, sedikit melegakan adalah persembahan yang meningkat mendadak oleh The Reds. Sekurang-kurangnya memberi sedikit sinar harapan buat pemin