Posts

Showing posts from May, 2009

Teringat-ingat!!

"Ah…ngantuk betul petang ni"…nak main bola takde geng, nak mancing macam takde ikan aje. "Tido la jap"! Punya la nyenyak aku tido, tiba2 tersedar dah pagi…tengok jam pukul 7.15…alamak dah lambat, diaorang tak kejut aku ke….lahabau betoi!!! Aku bergegas ke perigi sambil menyambar berus gigi dan baldi….punya la kelam kabut macam kena kejar dek harimau belang. Dalam hati meyumpah2 abang dan adik aku. Ngapa diaorang tinggalkan aku, main bola sama-sama….mancing sama-sama…tak patut betoi!!!! Lepas mandi, aku pakai baju sekolah, lepas tu ke dapur kot-kot ada cokodok atau paling koman pun lempeng untuk sarapan. Aik! bawah tudung saji takde apa-apa pun… ini sudah lebih ni…dah la tinggalkan aku…cokodok pun diaorang balun sampai abis!!! Tiba-tiba… " Hoi…engko ada kelas malam ke?" sergah abang aku. Macamana aku tak perasan yang diaorang ada kat atas tengah tengok cerita Ultraman. Pagi-pagi buta mana ada siaran T.V…. Rupa-rupanya aku dah silap haribulan la…. 7 malam ak

Satu Petang

Sekitar tahun 80-an dulu.... Petang ini tiada kelas tambahan dan kelas mengaji pun ditunda, sebab Tok Aji dan Mak Aji pergi kenduri…. Aku mula meracun abang aku yang sedang tidur untuk pergi memancing. "Ah! Malas la nak pegi….ikan tengah tido la" keluh abang aku tanpa membuka matanya. Aku masih enggan berputus asa."Jom…kita pegi mancing kat Paya Pupok nak tak?" ajak aku spontan "Jom!!!" sambut abang aku melompat dari pembaringannya. Setelah berjaya memujuk bapak aku untuk meminjamkan Honda C70nya, kami bertiga ke Pekan Kerayong...topi keledar tak pakai..."Baik-baik ooi...tengok kalo-kalo ada Sarjan Mail..." pesan aku kepada abang aku. Kami terus menyusuri jalan ladang sawit ke tempat yang dipanggil Paya Pupok. Lokasinya agak terpencil kira-kira 5km dari Pekan Kerayong. Akhirnya kami selamat sampai dan mula mencari posisi yang sesuai untuk melabuhkan pancing masing2. Paya Pupok memang agak terkenal dikalangan kaki pancing terutamanya yang men

Berakhirnya Satu Penantian

Sabtu 16 Mei, Manchester United mengesahkan kejuaraan Barclay’s EPL setelah seri 0-0 dengan Arsenal di Old Trafford (kempunan nak tengok penyudahan dramatik...) Ahad, 17 Mei, Liverpool mengesahkan kedudukan naib juara setelah menyingkirkan West Brom 2-0 (kecuali Chelsea menang besar ke atas Sunderland dan Liverpool kecundang buat kali ke-2 kepada Spurs dalam perlawanan terakhir). Sebagai peminat yang tidak fanatik, sedikit perasaan kecewa menyelubungi namun berpuashati dengan persembahan keseluruhan The Reds musim ini. Walaupun mempamerkan persembahan yang mantap dengan membenam pasukan-pasukan elit seperti Manchester United dan Chelsea, kegagalan The Reds mengutip mata penuh ketika menentang pasukan bawahan liga menjadi punca kegagalan The Reds untuk mencatat kejuaraan Liga ke-19. Seri 7 kali di Anfield merupakan suatu fenomena yang agak aneh untuk diterima. Selain itu kecederaan tonggak utama seperti Steven Gerard dan Fernando Torres menjejaskan momentum persembahan The Reds. Rafael

Tebuan Tanah

Tepi sungai Triang, jam 3 petang, tahun 1985!! Seperti biasa kalo tak de program lain seperti kelas tambahan atau kelas mengaji...aku bersama abang dan adik aku akan pergi memancing... Petang yang redup dan nyaman ditambah dengan ikan baung dan terbul yang meliuk-liuk di permukaan air...semangat kami bertiga makin berkobar-kobar. Setelah tiba di tepi sungai, kami mula mencari lokasi/lubuk yang cantik untuk melabuhkan pancing batang bemban. Selalunya abang aku akan mengetuai kontinjen...kemudian adik aku dan aku yang paling belakang sekali. Tapi..kami hanya mampu merancang tuhan menentukan. Beberapa tapak nak sampai kat lubuk tu...tiba2 abang aku tersepak sarang tebuan tanah....apalagi...pancing tah kemana...umpan cacing dah tercampak masuk sungai..."Cabuttttt...." kami lari lintang pukang.... Namun, abang aku kena 2 das...satu kat kepala satu kat badan...adik aku kena sedas...nasib baik aku tak kena..walaupun aku lari belakang sekali... Abang aku dah nak pengsan, tebuan tanah

Diambang maut (part 1)

Hari ini hari jumaat, sekitar tahun 1997, tamat kuliah sesi pagi di Fakulti Geoinformatik, UTM Skudai, Johor Bahru. Setelah perkena asam pedas ikan terubuk dan sup ayam di Tmn Universiti, aku bermotosikal dengan rakan sekelas untuk pulang ke rumah sewa. Kena cepat sikit…nak bersiap pergi solat jumaat!! Namun, tiba di suatu simpang, ada seorang india tua sedang menunggang motosikalnya dengan perlahan, dari jauh lagi aku dah mengawasinya "apahal ane ni…lain macam aje" Belum sempat berbuat apa-apa…si ane tadi dengan rakusnya membelok ke kanan untuk memasuki simpang tersebut. Apalagi..DUM! Tak sempat nak elak dah, dengan kelajuan hampir 80km/j, impak perlanggaran tersebut cukup mengerikan, aku tercampak dan tergeser di atas jalan. Bertambah parah apabila member yang bersaiz mega tu turut menghempap aku, dengan luka parah ditangan dan lutut, aku hanya mampu terbaring. Dalam samar-samar aku masih dapat melihat si ane tadi tertonggeng kat tengah2 jalan…macam Valentino Rossi silap am

Cerita Pasal Bola...

Image
(Koleksi antik Jersi Pahang Darul Makmur) Bola sepak tempatan pernah menjadi demam yang tak kebah kira-kira 15 tahun lampau. Ketika dibangku sekolah dan ketika pasukan Pahang merupakan antara pasukan yang amat digeruni ketika itu. Walaupun kini semua itu hanya tinggal kenangan, terdetik untuk saya memaparkan sesuatu berkenaan dengan pasukan bolasepak Pahang yang pernah mengungguli persada bolasepak tanahair. Antara barisan pemain tempatan yang menyerlah: Abdul Mubin Mokhtar – pakar sepakan bebas. Abdul Aziz Hamid Kupai – sering menjaringkan gol dari garisan tengah padang. Zainal Abidin Hassan – kasut emas tahun 1992. Dollah Salleh – antara striker yang berbisa. Zulhamizan Zakaria – penjaring gol tunggal kemenangan Pahang menewaskan Kedah dalam finale Piala Malaysia 1992. Khairull Azman Mohamad – penjaga gawang yang kebal. Azizul Kamaluddin – penyerang prolifik. Sallahuddin Che Ros – stopper ampuh. Antara pemain import yang masih diingati: Alan Edwards Davidson – sweeper Ronnachai Sayo

Kenangan.

Di suatu pagi yang hening di bulan ramadhan kira-kira 28 tahun yang lalu, aku bersama adik dan abang aku berpakat untuk mencari kijing (sejenis kerang sungai) di Sungai Triang. Kijing ini boleh diperolehi ditebing sungai yang berlumpur dan sungguh enak dimasak sambal tumis atau lemak cili padi. Sesekali perkena, mak mentua lalu kat belakang memang tak nampak punya. Berbekalkan sebuntil guni dan semangat yang berkobar-kobar, kami bertiga mula meranduk sungai yang agak jernih untuk mencari lokasi yang sesuai. Kira-kira sejam berlalu, kijing yang diperolehi agak lumayan, tapi belum memuaskan hati kami bertiga. Maka kami berpakat untuk menyeberang sungai tersebut untuk mencari di tebing sebelah sana pula. Setelah hampir ke tengah sungai, air masih paras pinggang…hehehe… "tohornya air sungai ni" tegur abang aku… Tiba-tiba….secara tidak semena-mena kami bertiga tengggelam dalam pusar air ditengah-tengah sungai….dengan masing-masing tak pandai berenang….kalau pandai pun…berena

Balik Kampung

Image
Antara panorama yang membuatkan perjalanan pulang ke kampungku menjadi saat-saat yang dinanti-nantikan. (Jalan Temerloh - Triang )-lokasi Kg.Durian Tawar. ( Mengkarak Water Front) (Lebuhraya Pantai Timur)

Ibu

Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku Bila kuberduka..engkau hadir disisiku selalu... Setiap tahun kita menyambut hari ibu....bagi pendekatan biasa, ianya tidak lebih seperti sambutan harijadi..namun bagi mereka-mereka yang mengerti akan keistimewaan insan bergelar ibu..pastinya setiap hari adalah hari ibu. Dimanakah ibu kita sekarang?Sihatkah dia?Gembirakah dia?Cukupkah masa kita peruntukan untuk ibu? Pengorbanan ibu bermula saat kita terbentuk sebagai janin dikandungan ibu. Kemudian saat kita dilahirkan seterusnya membesar dengan kasih sayang ibu. Berapakah nilai harga pengorbanan ibu jika boleh diterjemahkan ke nilai matawang?Pasti tiada siapa yang mampu memberi sebutharga tersebut. Malah tidak perlu pun, kerana ibu tidak pernah meminta pengorbanannya melahir dan mendidik kita dibayar dengan wang ringgit. Namun, sebagai anak pasti pernah terlintas dibenak fikiran kita untuk membalas jasa-jasa dan pengorbanan ibu. Bagaimanakah caranya? Perlukah dengan wang ringgit?Emas berlian?Harta bert