Posts

Showing posts from March, 2015

Kembali....

Kehidupan 30-40 tahun lampau tidaklah semeriah sekarang mungkin. Namun, jika diberi peluang untuk kembali seketika ke zaman kanak-kanak dahulu, mungkin aku tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Hahaha…macam cerita Voyagers pulak. Mustahil bukan?? Kembali ke zaman kanak-kanak, walaupun mungkin selalu kena rotan oleh ibu kerana malas mengaji, mungkin kadang-kadang kena lempang dengan ayah kerana mandi sungai, mungkin risau kena ambil semula peperiksaan seperti Penilaian Darjah 5, SRP dan sebagainya, namun kebebasan dan keriangan di zaman tersebut mampu mengatasi segala kebimbangan. Status budak kampong yang bergelumang dengan lumpur dan selut dipaya ketika menangkap ikan puyu atau sepat, meranduk tebing sungai mencari kijing atau etak, berkaki ayam menendang bola dipadang atau sekurang-kurangnya menaikkan kemarahan ayah dengan berkhemah semalaman ditepi sungai….semua ini mungkin sudah lama berlalu namun pasti masih kekal diingatan. Ah…tidak betah aku untuk melupakan saat