Posts

Showing posts from February, 2011

Syiling dan Beras

Dulu duit syiling bertaburan... Orang berebut-rebut kutip... Lupa siapa yang punya... Lupa hak siapa kita geledah... Semalam ada beras yang tumpah... Orang pakat-pakat kaut... Juga lupa siapa yang punya hak... Buat-buat lupa yang Maha Melihat...

Awang

Sedang aku termenung...melihat titis2 hujan gerimis petang...tiba2 tumpuanku terarah ke seekor burung tiung...juga dikenali sebagai burung gembala kerbau...yang hinggap di pintu pagar rumah... Semasa kecik dulu...kami pernah diamanahkan untuk menjaga seekor burung tiung...tuannya terpaksa meninggalkan kepada kami kerana beliau terpaksa keluar daerah untuk beberapa ketika. Nama burung tiung itu Awang. Kami begitu gembira dan berebut2 untuk memberi Awang makan... Setelah seminggu, Awang makin jinak dan tidak perlu dikurung dalam sangkar lagi...Awang seolah2 mengerti bila namanya dipanggil...dia akan terbang ke arah emak bila namanya dipanggil. Namun, pada suatu hari Awang hilang. Puas kami mencari2....emak kelihatan agak risau...mungkin bimbang akan dimarahi oleh tuan burung itu. Kami mula mencari-cari Awang dimerata tempat. Hinggalah beberapa hari kemudian kami terlihat seekor burung tiung mirip Awang bermain-main di rumah jiran kami yang lain. Kami cuba untuk bertanya dan menyatakan ba

Atas

Image
Lumrah kehidupan. Kekadang di atas. Dipuncak kegemilangan. Dipuja manusia. Dipuji sekalian. Diagung insan. Seolah lupa. Suatu masa dahulu. Pernah berada di bawah. Bukan meminta belas. Tak pernah mengharap ihsan. Apatah lagi merayu kasih dan sayang. Tapi.. Jenguk-jenguklah ke bawah... Kerana...kita pernah berada di sana dulu.