Awang
Sedang aku termenung...melihat titis2 hujan gerimis petang...tiba2 tumpuanku terarah ke seekor burung tiung...juga dikenali sebagai burung gembala kerbau...yang hinggap di pintu pagar rumah...
Semasa kecik dulu...kami pernah diamanahkan untuk menjaga seekor burung tiung...tuannya terpaksa meninggalkan kepada kami kerana beliau terpaksa keluar daerah untuk beberapa ketika.
Nama burung tiung itu Awang.
Kami begitu gembira dan berebut2 untuk memberi Awang makan...
Setelah seminggu, Awang makin jinak dan tidak perlu dikurung dalam sangkar lagi...Awang seolah2 mengerti bila namanya dipanggil...dia akan terbang ke arah emak bila namanya dipanggil.
Namun, pada suatu hari Awang hilang. Puas kami mencari2....emak kelihatan agak risau...mungkin bimbang akan dimarahi oleh tuan burung itu.
Kami mula mencari-cari Awang dimerata tempat. Hinggalah beberapa hari kemudian kami terlihat seekor burung tiung mirip Awang bermain-main di rumah jiran kami yang lain. Kami cuba untuk bertanya dan menyatakan bahawa ianya mungkin Awang yang hilang beberapa hari lalu...
Namun, jiran kami itu menafikan dan menyatakan bahawa burung itu sudah lama mereka pelihara.
Emak kelihatan tidak begitu yakin namun tidak cuba untuk bertelagah.
Kami beredar...tiba2...emak melaung "Awang! Awang! Awang!"...tidak semena2...burung tiung itu terbang mengikut kami pulang ke rumah...riak muka jiran kami itu tiba2 berubah...mungkin malu kerana tidak jujur.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebalik. Kebenaran kadang-kadang amat sukar untuk dibuktikan. Tetapi penyelewengan dan penipuan bukan semuanya akan kekal tersembunyi.
Kesabaran dan kekal jujur dalam apa jua situasi harus diamalkan, kerana kebenaran pasti akan terbukti sama ada cepat atau lambat.
Insya Allah!

Comments