Posts

Showing posts from December, 2009

1264 km

Memandu sejauh ini dalam masa 3 hari...memang memenatkan! Namun...kepenatan bagai hilang dipuput bayu jelapang padi...bila mana segala perancangan berjalan lancar dan mencapai matlamat. Syukur alhamdulillah! Selamat Malam....jangan lupa baca doa sebelum tido.... Wassalam!

Darulaman

Esok akan bermula perjalananku ke utara tanahair...Negeri Jelapang Padi... Orang kata...sambil menyelam...minum air dan tangkap ikan sekali... Jadi ada 3 agenda utama aku disana.... Pertama meraikan majlis pernikahan anak sulung kakakku...Mujahid. Jika majlis pertunangannya dulu...aku berperjalanan secara solo...esok aku sekeluarga akan menyertai rombongan tersebut. Semoga perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan Allah Taala. Amin! Keduanya, menyertai rombongan peminangan buat anak lelaki arwah abangku, Tarmizi. Kebetulan bakal tunangannya orang Negeri Jelapang Padi juga. Semoga majlis ini turut diberkati dan dirahmati Allah Taala. Amin! Ketiga...menjenguk keluarga balu arwah abangku di Bukit Kayu Hitam. Biar dicincang2 sekalipun..kasih sayang yang terjalin tidak akan putus. Jika dulu...perjalanan kami diiringi dengan kesayupan Gunung Jerai dan keindahan panorama jelapang padi. Semoga esok situasi dan suasana yang sama menanti. Perjalanan pulang nanti, aku sekeluarga bersama abangku

Sekeping Kad Hari Raya...

Malam sabtu lepas....aku menyertai majlis perjumpaan bekas pelajar sekolah Teknik Kuantan sesi 1990/1991. Seronok dan mengujakan....setelah hampir 20 tahun...dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan..memang detik yang paling menarik. Masing-masing dengan telatah dan nostalgia yang pasti tak luput ditelan zaman. Kebetulan...aku dan isteriku merupakan rakan sekelas di sekolah tersebut. Kami mendirikan rumahtangga pada 7.8.1999 iaitu kira-kira 8 tahun selepas tamat persekolahan. Dikalangan rakan2 sekelas dan rakan2 yang lain...rasanya mereka tertanya-tanya...kerana semasa di sekolah dulu...memang tiada sebarang khabar angin tentang kami. Apatah lagi...aku ni pemalu orangnya. Jangankan nak bercakap dengan budak perempuan..nak bertentang mata pun aku dah berpeluh2... Namun...aku dah berjanji untuk mencoretkan tentang kisah tersebut dalam laman blog ini. Seingat aku...aku melangkah keluar dari sekolah tersebut selepas SPM dengan tangan dan fikiran yang kosong....yang ak