Posts

Showing posts from October, 2009

Ayah

Ayah... Redup pusaramu dirimbun pepohon Rindu sering mengertak hati perasaan Memanggil-manggil kenangan dilipatan Menjerit-jerit pedoman dan nasihat Agar hidup penuh bermanafaat Ayah... Bagai semalam kita bertemu Terngiang-ngiang suaramu Terbayang-bayang kelibatmu Namun..rupanya hanya lamunan Sepohon doa..sesurah al-fatihah untukmu Moga dirimbuni dengan keredhaanNya

Lemas

Hobi aku masa kecik2 dulu..selain daripada bermain bola sepak..bertiangkan pokok kelapa dan mempelam dilaman  rumah...semestinya menyakat adik dan abang aku... Seronok bebenor melihat mereka mengelupur.... Bukan apa...sebagai hiburan! Sapa lagi nak menghibur..kalo tak adik beradik sendiri... Tapi...pada suatu hari yang cuacanya agak sukar dijangka...aku terkena! Minggu sebelumnya..kitaorang ke sungai untuk memancing dan mandi manda... Aku menyakat abang dan adik aku...aku buat-buat terjatuh dari tebing sungai...sambil terkapai2 meminta tolong...padahal air tohor aje...ada la paras lutut... Abang aku mengelabah udang galah...dengan penuh gaya..dia terjun tiruk untuk menyelamatkan aku... Bayangkanlah kesan terjun tiruk pada paras air setakat lutut....memang kepala bingung terbenam dalam pasir...macam Boeing 737 terjunam dalam laut... Habuannya...aku pulak dibenam dalam pasir...keh..keh..keh.. Dan hari itu..aku nak menyakat lagi...ditempat dan tebing yang sama aku buat-b

Suatu masa dahulu...

Aku hanya berusia 6 atau 7 tahun... Dalam keluarga aku, rasanya aku la yang paling suka menyakat dan loyar buruk... Kalo tak...tak kan belakang aku pernah cedera kena baling dengan serombong dapur oleh mak aku...semua sebab keloyaran buruk aku... Suatu hari yang tenang...aku bersama abang dan adik aku menuju ke Sungai Triang...macam biasa..kami hanya berlenggeng dan memakai seluar pendek sukan aje...pakaian lazim kitaorang! Kalo pegi sungai..kalo tak memancing..kitaorang akan mengagau ikan atau mencari kijing dan etak. Tapi hari tu..kitaorang nak mandi sungai aje...cuaca pun agak terik.... Setelah agak lama berendam dan mempamerkan pelbagai aksi terjun dari batang balak yang merentang sungai...aku mula merasa agak bosan...asyik-asyik aksi biasa yang tak mencabar langsung... Aku mula mencari akal nak menyakat abang dan adik aku... Tiba2...muncul satu akal yang agak menarik tapi berisiko... "Oit...seluar aku hanyut le.." tempik aku. "Ye ke? jom2 kita cari

BOSS

Semalam...tengah tekun aku buat kerja dalam bilik... Tiba2..boss aku bertengkar dengan salah seorang office mate aku... Walaupun boss aku memang garang dan tegas...tapi inilah pertama kali aku dengar dia berkonfrantasi secara berdepan dengan pekerjanya. Mereka bertengkar betul-betul belakang bilik aku...dan aku boleh dengar dengan jelas..walaupun aku cuba buat-buat tak dengar aje. Puncanya...pekerja tadi tidak menurut arahan yang diberi dan apabila ditegur..beliau naik angin. Mungkin boss aku dah agak lama bersabar dengan situasi tersebut. Sedikit tips untuk mereka-mereka yang mempunyai boss...yang bekerja sendiri atau yang belum bekerja..mungkin boleh ambik sebagai iktibar. Secara peribadi..aku tidak bersetuju dengan pendekatan berikut: "Boss dengan para pekerjanya cukup akrab dan macam kadang-kadang kelihatan seperti adik beradik atau kawan-kawan" Bagi aku..antara majikan dan pekerja harus ada satu garisan yang memisahkan...dan garisan itu berbeza-beza mengikut keperluan da