Posts

Showing posts from November, 2009

Kisah Sebuah Kereta.

Pak Abu mempunyai sebuah kereta Proton Saga edisi pertama yang berusia kira-kira 29 tahun. Sejak beliau membelinya sekitar tahun 1986 dulu...kereta tersebut telah dijaga dengan rapi. Sehingga hari ini kereta tersebut telah menjelajah hampir setiap meter jalan raya di seluruh Semenanjung Malaysia, tanpa sebarang masalah. Dan hari ini...kereta tersebut masih berfungsi dengan baik dan masih mampu mencapai kelajuan standard lebuhraya 110 km/j dengan mudah dan selamat. Apa petua atuk? Tanya salah seorang cucunya baru-baru ini... "Atuk jaga kereta tu dengan baik...servis ikut masa dan batuan yang ditetapkan...memandu dengan cermat...pastikan ianya bersih sentiasa...jangan jemur kat tengah panas dan hujan...macam2 la lagi..." jawab Pak Abu. "Sebab...atuk menghargainya sebagai satu kemudahan dan keperluan buat Atuk" tambah Pak Abu. Kalo rosak sikit-sikit tu biasa la...orang pun kadang2 ada kena demam...batuk... Cucunya tak puashati....tiba2 beliau terpandang neneknya sedang

Sekali air bah...

Sedih..sebak aku hari ini... Utara sana..petani resah tanaman musnah... Harap mereka tabah terima dugaan tuhan... Musim bah datang lagi... Yang rendah berpindah randah... Yang tinggi jangan gah sangat... November..Disember...silap2 sampai Januari... Bebudak memang suka bebenor... Main air..naik rakit...berenang katak... Jaga-jaga jangan sampai hilang nyawa... Mak bapak jenguk le anak2... Abang kakak jangan pulak tumpang sekaki... Orang kata air bah...tuhan nak basuh bumi... Banyak dosa...nista...keji...dimana-mana... Yang pasti..setiap berlaku ada hikmahnya... Semoga disebalik bencana ada gembira...

Ibu....

Ibu... Semalam aku terjaga lena... Tiada lagi suaramu...memanggil.. Tiada lagi derap jejakmu... Aku tercari di halaman... Aku terjenguk di kebunan... Sepi...engkau tiada dimana-mana.. Ibu... Hari ini aku mula mengerti... Rupanya engkau telah lama pergi.. Meninggalkan segala-galanya.. Engkau kata..jangan tangisi! Engkau pesan...tabahkan hati! Tapi...air mataku tetap mengalir... Biarpun engkau telah pergi... 22 tahun yang lampau... Serimbun kasih..setitip doa buatmu... Semoga diredhai Yang Maha Esa.