Posts

Showing posts from March, 2009

Seorang Tua Di Hulu Sungai

Pagi masih terlalu muda ketika Pak Mat melangkah ke baruhnya.Sinar mentari masih samar-samar dilitupi banjaran gunung, deruan air sungai bagai mengiringi setiap langkahnya. Sudah sepurnama Pak Mat berulang-alik setiap hari ke baruhnya. Selepas perahunya hanyut dibawa arus, hanya kebun sekangkang kera inilah yang menjadi temannya.Beliau tidak lagi ke sungai menangkap ikan dan udang galah. Matahari hampir tegak di kepala tatkala Pak Mat berehat sebentar di pohon mengkudu di tepian sungai melepaskan lelah, sambil membasahkan tekak dan mengalas perut dengan ubi keledek rebus. Fikiran Pak Mat mula menerewang jauh, terkenangkan nostalgia dirinya. Setelah pemergian isterinya kira-kira 15 tahun lampau, tidak terdetik dihatinya untuk mencari pengganti. Hanya teratak serta kebun inilah yang menjadi kenangan abadi Pak Mat terhadap isterinya.Namun Pak Mat tidak mampu untuk mengalih ingatannya kepada Azri, anak tunggalnya. Azri, ditatang dan dimanja bagai seorang raja. Apa jua yang dikehendakinya p

Coretan.

Assalamualaikum.... Dua minggu lepas...seorang teman sepejabat telah menanggalkan plat logo Liverpool FC dari keretanya....mungkin beliau malu untuk mempamerkan logo tersebut disaat pasukan The Reds tidak lagi menerajui carta EPL...mungkin beliau kini tercari-cari logo Manchester United! Biarkanlah.... Tidak berminat untuk membicarakan dalam konteks bolasepak...walaupun semalam The Reds layak ke suku akhir Liga Juara Juara setelah menewaskan Real Madrid 4-0 di Anfield. Lebih terpanggil untuk membicarakannya dalam ruang lingkup kehidupan manusia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara...salah satu rukun negara yang pasti dihafal oleh setiap rakyat Malaysia...walaupun tidak ramai dikalangan kita yang mempraktikkannya. Kesetiaan selalunya menuntut kesabaran yang cukup tinggi...contohnya...kesetiaan anda kepada pasangan anda...sama ada suami atau isteri (kupasan ini mungkin tidak tepat untuk pasangan kekasih). Kesetiaan kepada negara dan raja berdaulat harus menjadi suatu panduan...jika semuanya

Kronologi Filem-Filem Tan Sri P.Ramlee

Saya yakin dan percaya, filem-filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan khazanah yang tidak ternilai buat rakyat Malaysia. Tidak dinafikan, karyanya mewakili jiwa dan intisari kehidupan kita walaupun ianya dihasilkan puluhan tahun yang lampau. Bermula dengan keperitan dan penghinaan dalam Si Penarek Becha, kelucuan Si Bujang Lapuk dan Si Labu Labi hinggalah keangkuhan Si Ibu Mertua, semuanya bagai anak sungai yang akan terus mengalir walaupun si empunya diri telah hampir 36 tahun meninggalkan kita. Berikut saya senaraikan filem-filem arahan beliau berserta dengan tahun penerbitannya: 1. Penarik Beca (1955) 2. Semerah Padi (1956) 3. Panca Delima (1957) 4. Bujang Lapuk (1957) 5. Sumpahan Orang Minyak (1958) 6. Pendekar Bujang Lapuk (1959) 7. Musang Berjanggut (1959) 8. Nujum Pak Belalang (1959) 9. Antara Dua Darjat (1960) 10. Ali Baba Bujang Lapuk (1961) 11. Seniman Bujang Lapuk (1961) 12. Ibu Mertuaku (1962) 13. Labu & Labi (1962) 14. Nasib Si Labu Labi (1963)