Posts

Showing posts from September, 2011

Nostalgika

Aku tersedar didinihari ini Bila terdengar laungan azan Madrashah Darul-Huda Mandi dinginnya air telaga Menyerah diri kepada Illahi Memohon ampun dan redhaNya Bersarapan jemput-jemput pisang Air tangan ayah pengganti arwah ibu Semenjak puluhan tahun tanpa jemu Kekadang menjamah enaknya Nasi lemak, keledek ubi rebus Berbekal semangat dinginnya pagi Aku meredah kabus diperkebunan getah Tugas selesai tatkala azan Zuhur sayup-sayup Laungan bilal surau Kampung Jeram Ular Sajian pucuk ubi celur dan sambal belacan Bersama lemak cili padi ikan haruan Menu sempurna sederhana Tatkala mentari condong ke barat Tubuh badan mula perlu rehat Sepicing dua mata terlelap Selepas sujud delapan dan empat rukuk Diwaktu asar memohon ampun dan redhaNya Bermain bola dipadang sekolah Kerayong Mempamer hebatnya rembatan tepat Tatkala senja mula menerpa Hari mula menarik tirai Semoga esok masih menjanjikan Keampunan dan keredhaanNya Itu...momen nostalgik Yang tidak mungkin

Aku mahu pulang...

Nun jauh dipinggir bendang sana Ada anak sungai jernih mengalir laju Dipuncak bukit sana ada pohon rendang meranti Meredupi seluruh jangkauan dahan Ditepian paya terbentang memandang Ada anak bujuk mencari-cari induk Diperjalanan jauh hidup yang makin dekat ini Aku mahu pulang... Ke pangkal jalan Andai dihujung sana bukan milik aku!