Posts

Showing posts from April, 2009

Birokrasi

Pernah dengar perkataan diatas? Pernah mengalaminya?Pernah rasa disia-siakan kerananya?Pernah rasa nak mengamuk kat situ jugak? Selalunya karenah birokrasi dikaitkan dengan sektor awam, terutamanya kakitangan barisan hadapan yang secara langsung berurusan dengan orang awam. Pelbagai karenah boleh ditemui, kadang-kadang tidak langsung boleh diterima akal yang waras. Selalunya, mereka-mereka yang selalu berurusan dengan sektor-sektor awam, perlu mempunyai semangat perjuangan yang cukup tinggi. Jika tidak, kouta hospital bahagia pasti tidak mencukupi. Sejujurnya, saya ingin melihat suatu anjakan atau perubahan yang drastik tentang permasalahan ini. Tiada ertinya, kita mempunyai fasiliti kelas pertama tetapi tahap perkhidmatan dan penyampaian masih kelas ketiga. Sepanjang 10 tahun bergelumang dengan bidang kerja yang sering berurusan dengan pelbagai sektor awam, secara peribadi saya berpendapat, sektor awam di Malaysia perlu dipulihkan. Tidak perlulah saya kupaskan satu persatu, cukuplah s

Kalau pergi ke Kuala Kubu

Image
Kuala Kubu Bharu merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor, dimana terletaknya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Hulu Selangor serta agensi-agensi penting yang lain. Kedudukannya yang agak terpencil membuatkan pekannya masih mengekalkan keaslian dan kesegaran alam sekitarnya. Bangunannya seolah-olah masih di zaman sebelum merdeka, dimana sentuhan binaan Inggeris masih jelas kelihatan. Mengapa pekan ini menjadi pilihan saya? Sekali imbas pekannya seolah-olah pekan Triang di Bera, Pahang Darul Makmur, tempat persinggahan wajib saya semasa zaman kanak-kanak dulu serta setiap kali pulang ke kampung halaman. Setiap kali berurusan di Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Hulu Selangor, saya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di pekan Kuala Kubu Bharu ini. Ianya seolah-olah pengubat rindu kepada kampung halaman. Ditambah pula dengan kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara membuatkan tidak terasa masa yang berlalu. Jika anda ingin ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur, singgah

Sebuah kisah di bumi bertuah!

"Kemiskinan boleh menjurus kepada kekufuran"…islam menggalakkan umatnya mengelakkan kemiskinan yang membawa kepada kekufuran. Sisipan akhbar Utusan Malaysia 20 April 2009, mengisahkan seorang ibu tunggal bersama 15 orang anaknya pernah tinggal di dalam hutan kerana tidak mampu untuk menyewa sebuah rumah. Sejenak saya merenung jauh, cuba untuk merasai dan menyelami perit jerih ibu tunggal tersebut. Tanpa disedari air mata bergenang. Besar dugaan Allah Taala terhadapnya. Semoga dugaan tersebut menandakan kasih sayang Allah kepada hambaNya. Si ibu tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 8 kilometer untuk bekerja demi sesuap nasi untuk anak-anaknya dan pernah mereka hanya makan bubur kanji bersama kepala ikan bilis. Kisah di atas mungkin dikatogerikan sebagai kes terpencil oleh kebanyakan kita. Namun, hakikat yang paling menyedihkan adalah ianya masih wujud di bumi bertuah Malaysia ini. Siapakah individu atau pihak yang harus bertanggungjawab? Dimanakah perginya si bapa kepada 15

Minggu yang mengecewakan?

"Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi..." Motto yang diaplikasi sepanjang minggu lalu.... Bermula dengan perjalanan terakhir ke Slim River untuk melengkapkan projek di sana. Tiada lagi asam pedas atau lemak cili api rebung...masa yang terhad membuatkan kepenatan dan kebosanan menemani sepanjang jalan di Lebuhraya Utara Selatan. Ditambah dengan jadual kerja yang amat padat sedia menunggu. Tragedi di Anfield memburukkan lagi keadaan, pengajarannya: "Jangan terlalu yakin kerana keyakinan yang melampau membuatkan kita selesa dan mula melakukan kesilapan-kesilapan yang mudah"...Bangkitlah 'The Reds"...defisit 3 gol bukanlah suatu yang mustahil untuk dipadamkan. Bolton Wanderes telah menunjukkan cara-cara untuk menjaringkan 3 gol di Stamford Brigde! Berita yang lebih menyentak perasaan, kakak yang telah banyak berkorban dan berjasa diserang angin ahmar peringkat awal. Bermulalah perjalanan yang panjang ke Bandar Diraja Pekan untuk menjengok dan