Posts

Showing posts from May, 2010

Semalam di puncak Kilimanjaro

Suatu pagi yang nyaman. Firdaus menghirup secangkir teh hijau dan menjamah sekeping roti. Beliau perlu segera memulakan perjalanan.... Bermula dikaki Kilimanjaro, beliau tekun meniti dan mendaki setiap denai dan lurah untuk ke puncak...sesekali beliau berhenti mengelap peluh yang menitis. Terpacak mentari diatas kepalanya tatkala beliau berhenti ditepi terjunan air yang mendingin. Berwudhuk menunaikan solat jamak zohor dan asar.... Seketika melepaskan lelah...beliau meneruskan perjalanan.... Mentari mula memancar redup jingga menyelinap diufuk tatkala beliau tiba dipuncak... Sayup suara azan memuji kebesaran Allah, Rasullah dan memanggil menyembahNya serta meniti kejayaan. Firdaus tercari-cari punca talun suara azan tersebut... Terpinga beliau tatkala melihat susuk berjubah putih tegak mengalun azan.... Selepas menunaikan Maghrib berjemaah....Firdaus berbicara dengan orang berjubah putih itu. "Siapa nama saudara? Apa pula gerangan saudara dipuncak ini". "Panggil saja ham

EPL

Semalam berakhirlah musim EPL 2009/2010. Chelsea memuktamadkan kejuaraan selepas menewaskan Wigan 8-0 di Stamford Brigde. Tempat ke-7 EPL, separuh akhir Liga Europa dan tempat ke-3 peringkat kumpulan liga juara-juara Eropah bukanlah suatu yang buruk buat Liverpool musim ini. Persembahan yang tidak konsisten musim ini dan kehilangan ramai tonggak akibat kecederaan dan penghijrahan membuatkan The Reds harus segera keluar ke alam nyata untuk mencabar kembali kejuaraan EPL musim 2010/2011. Lupakan sejenak kehangatan EPL, mari kita ke Afrika Selatan pula..... Selamat maju jaya.