Posts

Showing posts from August, 2009

Satu petang di bulan ramadhan...

"Berapa punya haus la....panas betoi hari ni...." keluh aku menahan kehausan berpuasa. "Kalo dapat air kelapa muda berbuka nanti...Pergh! Cantik jugak..." Aku mula memilih-milih pokok kelapa yang paling rendah sekeliling rumah.... Ok...ada buah kelapa muda..pokok tak tinggi sangat...kerengge tak de..biawak pun rasanya dah turun tadi...semut ada 2-3 ekor... Aku mula memanjat.... Bila tiba tiga suku bahagian pokok.... Berapa punya letih beb...tak boleh tahan ni...nak turun ke..nak terus naik... Tak pe...sikit lagi....selepas bersusah payah...akhirnya aku berjaya sampai puncak.. Selepas menurunkan beberapa biji kelapa untuk orang-orang kat bawah berbuka...aku terpaksa tunggu azan maghrib atas pokok..nak turun tak larat...bukan boleh main gelongsor aje...bersalin kulit aku nanti... Buat kali pertama dan mungkin yang terakhir aku berbuka atas pokok kelapa... Nasib baik beruk tak de hari tu..kalo tak memang lengit kena gelak!

Dungun

Aku terlepas solat terawikh kat surau malam pertama Ramadhan tahun ini. Berapa punya rugi daaa... Semuanya gara-gara masalah standard Bandaraya Kuala Lumpur...kesesakan lalulintas! Selepas terperangkap hampir 4 jam dan hampir 0.999% lagi aku nak meroyan....akhirnya berjaya jugak aku sampai rumah! Itu pun terpaksa solat maghrib kat stesen minyak! Aku redha...bila kesesakan luarbiasa ini disebabkan warga kota pulang ke kampung halaman, untuk bersahur ramadhan pertama bersama mak bapak dan keluarga tercinta. Aku solat terawikh kat rumah dengan Faiz Aziman! Syukur alhamdulillah! Keesokannya, selepas sahur 1 ramadhan, aku sekeluarga bertolak ke Kg Kempadang, Kuantan. Rumah mertua aku. Perjalanan lancar walaupun kenderaan berpusu-pusu keluar dari ibukota. Kami tiba tepat jam 11.00 pagi. Selepas melelapkan mata sepicing dua, kami menyambung perjalanan ke Dungun, Terengganu. Melawat anak-anak saudara aku membina hidup berdikari di Alor Tembesu. Laluan harmoni melalui Kemaman, Cuk

Ramadhan

Image
Ramadhan datang lagi. Membuka pintu dan ruang untuk semua. Memperbaiki dan mengukuhkan diri. SeLaMaT BerPuAsA!

Al-Fatihah

Semoga roh Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) dirahmati Allah Taala. Amin!

Langkah Seiringan

http://www.youtube.com/watch?v=BWT4mL_ZbOs Aku pernah nyanyi lagu ni secara solo dan penuh…2 kali!!! Kalo aku diberi pilihan, aku lebih rela berlari marathon sejauh 15 km daripada menyanyi. Walaupun suara aku mungkin merdu, tapi aku rasa…biar la penyanyi2 kat Malaysia ni kekal tanpa saingan aku. Kem Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan..tahun 1992. Pemilihan kadet ATM. Biasa la…nak jadi pegawai tentera..kena pandai disko sikit2…memang hampeh! Mulanya aku layan lagu "Biasan" To’ki, tapi asyik lari tempo aje…akhirnya aku berjaya jugak membawa lagu "Langkah Seiringan" dengan baik. Boleh la…tak la sampai boleh pukul Mamat, Exist. Kes ini aku tak kisah sangat sebab aku suka rela nyanyi. Pusat Serenti Rawang, Selangor…tahun 1995. Masa praktikal UTM. Oit…takde tempat lain ke nak tinggal?. Agak2 la nak jimat pun. Bapak aku terkejut katak bila aku telefon…cakap aku kat Pusat Serenti. Sebab sepanjang yang dia tau, tengok kotak rokok pun aku mengigil2. Tapi…brother-brother kat

Pitas

Image
(gambar disonglap dari pitasdestinasiku.blogspot.com) Andai masa boleh diputar Aku nak ke Pitas, Sabah lagi Walau hati meronta nak buat "comeback" ke Tasik Raban Ingin tengok sendiri jambatan baru merentasi tasik Jambatan..pernah mendapat sentuhan aku masa binaannya Pitas…aku ke sana 12 tahun lampau Memeta dalamnya laut untuk bina jeti baru Kota Kinabalu lalui Marudu hingga Pitas rentasi jalan berdebu suci Berselubung kain pelikat belakang HiLux Melambung-lambung ikut alunan bukit gunung Makan beras huma, minum air kosong tapi gelas "Carlsberg" (takde gelas lain ke?) Selalu jugak terbabas subuh akibat berbeza garis lintang Ada jeti yang memanjang suku batu ke laut yang jernih, indah dan damai Ada ikan besar orang main-main bawah jeti…geram betoi aku! Orang-orang Pitas ramah dan mesra Semangat dan hati mereka kental Pitas..tunggu aku datang Entah bila..aku pun tak tahu!

Berkhemah

"Daddy…dah lama tak tido dalam khemah" komplen anak aku, Farid. Tiba-tiba fikiran aku melayang…. "Oit…apakata kita pegi camping kat tepi sungai Triang hujung minggu ni" cadang abang aku pada suatu petang yang hening..kira-kira 20 tahun lampau. "Ok aje..jom" balas adik aku tanpa memikirkan risiko sambil mengunyah goreng pisang. Aku masih membisu…sambil teringat akan bapak aku yang rasanya tak kan beri lampu hijau untuk "program cari pasal" tu. "Bapak bagi pegi ke?" soal aku… "Kita pegi sebelum bapak balik kerja la"…cadang abang aku cuba nak menderhaka. Akhirnya kami bersetuju untuk bercamping. Buat kali pertama kitaorang cuba untuk tido luar dari rumah. Berdikari konon. Memang betul-betul cari pasal. Tiba hari yang ditunggu-tunggu. Ok…check barang-barang! Jerit abang aku…pisau! parang! tali! radio! sardin! beras! kicap…alamak tuan..kicap takde la… Cepat carik kicap…kalo tak de kicap aku pun tak selera makan…jerit abang aku sebi

Warna-Warni

Image
Rasanya dah 2 minggu aku menggodek benda alah ni.... Walaupun aku belum mengaku kalah...tapi dengan rasa rendah diri dan pasrah, aku mengakui benda ni memang susah. Walaupun nampak kecik dan comel. Tapi.... Aku rasa...biar la kuib ini kekal berwarna-warni sisinya...baru meriah!

Terima Kasih

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin pada perhimpunan berkaitan I.S.A tempohari. Semoga Allah Taala memberikan ganjaran setimpal ke atas sumbangan anda semua. Cuma aku buat2 tertanya-tanya, kenapa nak hantar memorandum kena berhimpun sampai 100,000 orang?Akai ada ka?