Dungun

Aku terlepas solat terawikh kat surau malam pertama Ramadhan tahun ini. Berapa punya rugi daaa...

Semuanya gara-gara masalah standard Bandaraya Kuala Lumpur...kesesakan lalulintas!

Selepas terperangkap hampir 4 jam dan hampir 0.999% lagi aku nak meroyan....akhirnya berjaya jugak aku sampai rumah! Itu pun terpaksa solat maghrib kat stesen minyak!

Aku redha...bila kesesakan luarbiasa ini disebabkan warga kota pulang ke kampung halaman, untuk bersahur ramadhan pertama bersama mak bapak dan keluarga tercinta.

Aku solat terawikh kat rumah dengan Faiz Aziman! Syukur alhamdulillah!

Keesokannya, selepas sahur 1 ramadhan, aku sekeluarga bertolak ke Kg Kempadang, Kuantan. Rumah mertua aku. Perjalanan lancar walaupun kenderaan berpusu-pusu keluar dari ibukota.

Kami tiba tepat jam 11.00 pagi. Selepas melelapkan mata sepicing dua, kami menyambung perjalanan ke Dungun, Terengganu. Melawat anak-anak saudara aku membina hidup berdikari di Alor Tembesu.

Laluan harmoni melalui Kemaman, Cukai dan Kerteh diiringi hujan renyai-renyai.

Tepat jam 5 petang, kami tiba di Kuala Dungun. Mencari sedikit juadah berbuka dicelah-celah keramaian pesta Bazaar Ramadhan Alor Tembesu.

Berbuka bersama-sama dan berterawikh di Masjid Tengku Intan Zaharah.

2 ramadhan. Kami kembali ke Kuantan dan aku meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Sesungguhnya Dungun menginsafkan aku. Ditengah-tengah kita gembira bersama ayah ibu dan keluarga yang tercinta, mungkin ada insan-insan yang mungkin tidak senasib baik sebegitu.

Semoga anak-anak ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan