Posts

Showing posts from September, 2009

Catatan 27 Ramadhan

Image
5.15 pm - Macam biasa balik kerja...jalan memang sesak...lagi menyesakkan bila ada pemandu yang tak reti nak sabar...agak-agak la...orang lain posa gak. 6.30 pm - Bazaar ramadhan Impian Ehsan - ayam golek sekor, pulut panggang, murtabak 2 helai, pucuk ubi masak lemak & sambal bilis..cukup ke? 7.15 pm - Berbuka & Solat Maghrib. 8.25 pm - Solat Isyak & terawikh di Surau Desa Karunmas, jemaah makin susut, mungkin ada yang dah pulang ke kampung halaman. Berapa punya mengantuk daaa...beberapa kali nak tergolek-golek angkara ayam golek...khusyuk!khusyuk! 11.00 pm - Tidur-tidur ayam. 2.45 a.m - Liverpool-1 Debreseni VSC -0 : Angkara Torres dan Gerard bermain dibawah tahap sebenar, The Reds hampir berputih mata. Terima kasih Dirk Kuyt yang menyelamatkan keadaan. 4.45 a.m - Basuh Baju. 5.15 a.m - Sahur. 5.30 a.m - Layan drama "Qallesa" sekejap. 6.00 a.m - Solat Subuh. * Selamat Berpuasa Dan Salam Aidil Fitri.

Jangan Pergi!

Jangan pergi Aku belum puas menatapi ketenangan dan keindahan kamu Aku belum mampu menanggung rindu Aku belum betah hidup tanpa kamu Namun...aku tahu.. Engkau tetap akan pergi... Cuma...jangan lupa untuk kembali... Ramadhan Al-Mubarak. Tmn Tun Dr.Ismail 25 Ramadhan 1430

Musafir di Ramadhan Al-Mubarak

Semasa dibangku pengajian aku di Skudai dulu...perjalanan solo aku dari Skudai ke kampung halaman aku di Bera adalah rutin. Berbekalkan jaket kulit warna kelabu pemberian abang aku dan sebijik kapchai, selalunya aku memulakan perjalanan selepas subuh dan tiba di kampung aku lewat petang, kadang-kadang terbabas sampai senja menjelang. Bermula dari Skudai melalui Yong Peng kemudian Segamat ke Gemas, Bahau, Kemayan hinggalah ke Bera. Rasanya adalah dalam 300 km. Lebih 2 marhalah. Panorama standard yang mengiringi perjalanan aku adalah estet kelapa sawit dan ladang getah. Alhamdulillah! Sepanjang tempoh tersebut, perjalanan lancar dan memuaskan.Selalunya, tempat yang paling aku tunggu-tunggu nak lalu ialah Desa Temu Jodoh dekat Chaah, Yong Peng. Selain daripada nama tempat yang unik, aku jeling-jeling jugak kot-kot ada gadis tengah tunggu bas yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan aku. Tapi...hampas kelapa!!! takde jodoh aku kat situ. Setiap kali Ramadhan tiba, pasti aku tak lupa perjalanan