Musafir di Ramadhan Al-Mubarak
Semasa dibangku pengajian aku di Skudai dulu...perjalanan solo aku dari Skudai ke kampung halaman aku di Bera adalah rutin.
Berbekalkan jaket kulit warna kelabu pemberian abang aku dan sebijik kapchai, selalunya aku memulakan perjalanan selepas subuh dan tiba di kampung aku lewat petang, kadang-kadang terbabas sampai senja menjelang.
Bermula dari Skudai melalui Yong Peng kemudian Segamat ke Gemas, Bahau, Kemayan hinggalah ke Bera. Rasanya adalah dalam 300 km. Lebih 2 marhalah.
Panorama standard yang mengiringi perjalanan aku adalah estet kelapa sawit dan ladang getah.
Alhamdulillah! Sepanjang tempoh tersebut, perjalanan lancar dan memuaskan.Selalunya, tempat yang paling aku tunggu-tunggu nak lalu ialah Desa Temu Jodoh dekat Chaah, Yong Peng. Selain daripada nama tempat yang unik, aku jeling-jeling jugak kot-kot ada gadis tengah tunggu bas yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan aku. Tapi...hampas kelapa!!! takde jodoh aku kat situ.
Setiap kali Ramadhan tiba, pasti aku tak lupa perjalanan marathon aku disuatu Ramadhan dahulu. Segalanya berjalan lancar hinggalah aku tiba di suatu tempat sekitar Bahau…dengan cuaca panas terik, tekak haus…aku mula nampak jalan depan aku ada empat lane…padahal jalan kampung aje…siap ada jalan raya bertingkat-tingkat lagi…
Untuk mengelakkan dari terbabas ke dalam parit atau terlanggar lembu…aku terpaksa bermastautin di sebuah pondok menunggu bas…lepak punya lepak..aku terlelap..berapa punya lena...dihembus angin sepoi-sepoi bahasa...
Sedar-sedar hari dah malam…aku memecut kapchai aku ke Pekan Bahau…mencari juadah untuk berbuka...tapi yang ada air kotak dengan biskut krim aje...jadi la...
Berkecai harapan nak berbuka kat rumah….melepas nak merasa pengat santan berais dengan roti paun…setidak-tidaknya bubur kacang atau cendol pulut.
Tapi..kalo hari ni aku kena naik motor dari Skudai nak balik kampung…aku larat sampai Desa Temu Jodoh aje…penat oooo….

Comments