Coretan.

Assalamualaikum....

Dua minggu lepas...seorang teman sepejabat telah menanggalkan plat logo Liverpool FC dari keretanya....mungkin beliau malu untuk mempamerkan logo tersebut disaat pasukan The Reds tidak lagi menerajui carta EPL...mungkin beliau kini tercari-cari logo Manchester United! Biarkanlah....

Tidak berminat untuk membicarakan dalam konteks bolasepak...walaupun semalam The Reds layak ke suku akhir Liga Juara Juara setelah menewaskan Real Madrid 4-0 di Anfield. Lebih terpanggil untuk membicarakannya dalam ruang lingkup kehidupan manusia.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara...salah satu rukun negara yang pasti dihafal oleh setiap rakyat Malaysia...walaupun tidak ramai dikalangan kita yang mempraktikkannya. Kesetiaan selalunya menuntut kesabaran yang cukup tinggi...contohnya...kesetiaan anda kepada pasangan anda...sama ada suami atau isteri (kupasan ini mungkin tidak tepat untuk pasangan kekasih).

Kesetiaan kepada negara dan raja berdaulat harus menjadi suatu panduan...jika semuanya boleh dipertikai dan digadai begitu sahaja dengan apa jua alasan..maka kesannya tidak akan sekali-kali sama dengan menanggalkan logo Liverpool tadi....fikirkanlah dengan rasional!

Kesetiaan kepada pasangan anda....yakinlah ungkapan ini "Pasangan anda ditakdirkan untuk anda dan ianya adalah yang terbaik untuk anda"....baik buruk..kelebihan kekurangan...semuanya ibarat cabaran dalam kehidupan..kerana kehidupan tanpa cabaran ibarat kapal layar di air tenang...tidak akan ke mana-mana! akhirnya karam sendirian.

Walaubagaimanapun....saya tidak akan memandang negatif kepada sesiapa yang mula berfikir untuk bertukar haluan..kerana kita ditawarkan berbagai pilihan dalam hidup....cuma fikirkanlah sekali lagi!

Yang pastinya ianya tidak semudah menanggalkan plat logo Liverpool...dan Manchester United pula tidak selalunya akan berada di puncak carta EPL!

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan