Kembali ke Sekolah

Semalam pasti ramai ibubapa yang kembali ke sekolah... Sama ada menemani anak-anak memasuki alam baru persekolahan...membayar yuran atau membeli lain-lain kelengkapan. Keriuhan dan kesesakan suasana dengan pelbagai karenah dan telatah...membuatkan suasana cukup meriah...kebanyakan mereka teruja dengan suasana dan rakan baru...tak kurang juga ada yang menangis nak balik rumah..
Melihat telatah anak-anak kecil ini...tiba-tiba nostalgia lama menerjah dikotak fikiran aku... Kira-kira 30 tahun yang lampau...aku memulakan alam persekolahan di Sek Keb Kerayong, Bera, Pahang...seingat aku...aku ke sekolah hanya berjalan kaki atau berbasikal yang jaraknya kira-kira 2 km dari rumah aku...tak jadi masalah..sebab jalanraya masa tu lenggang...kayuh basikal tengah jalan pun tak pe.... Aku sebenarnya seorang pelajar yang baik, pendiam dan tidak suka membuat bising (penilaian jujur ni). Namun sifat aku yang suka membela rakan-rakan yang teraniaya...menyebabkan aku sering terpelanting ke kancah yang menaikkan darah cikgu-cikgu... Selalunya...aku akan menolong rakan-rakan yang sering dibuli oleh samseng-samseng dalam kelas. Akibat dari itu, boleh dikatakan setiap minggu aku kena masuk bilik guru besar...sebab kes gaduh...dan aku masih ingat lagi guru besar yang cukup baik dan bertoleransi masa itu...En Abdul Ghani. Pada suatu hari...kalau tak silap..aku dalam darjah 3...seperti biasa aku cuba untuk menyelamatkan beberapa orang rakan yang sedang dibuli oleh rakan-rakan yang lain...sedang aku asyik mengunci leher salah seorang samseng tersebut...tiba-tiba cikgu datang... Tak sempat nak explain dah..kalau explain pun memang kantoi jugak.... Akhirnya..semua budak lelaki kena berdiri atas meja...lepas tu cikgu suruh tanggal baju...longgok semua baju satu tempat...alamak!!! walaupun badan aku berotot-otot...tapi malu oooo... Kami menjalani hukuman kira-kira setengah jam...ada yang menangis panggil mak bapak...tak kurang juga ada yang angkat sumpah tak nak buat bising lagi....aku dah meraung-raung....malu ada awek tengok! Akhirnya kami semua dibebaskan...masalah timbul bila nak pakai baju semula...masing-masing tak tau baju yang mana satu... Aku dah tak jumpa baju aku...nahas kena rotan balik nanti....nasib baik ada seorang cikgu datang...dia cakap dia kenal corak jahitan mak aku...walaubagaimanapun aku rasa bukan baju aku yang dipakai semula hari tu.... Sejak peristiwa tersebut...aku mungkin tidak lagi cuba untuk menjadi penyelamat!

Comments

aNa d'sKoDenG said…
hikhik..syian ko talib..
nak jd hero kunun..sekali ngan ko kena denda. hikhik
abdultalib said…
Ana...

Pengaruh T.V la ni...Ultraman & Gaban...hehehe
aNa d'sKoDenG said…
hahah...ultraman? gaban? wakakak...kesatria baja hitam tadak?

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan