Posts

Showing posts from May, 2011

Permata

Semalam genap 38 tahun pemergian Allahyarham P.Ramlee. Walaupun beliau pergi setahun sebelum aku dilahirkan, namun khazanah yang beliau tinggalkan amat dekat dihati. Filem-filemnya tidak pernah jemu ditonton acapkali. Walaupun kebanyakannya tidak berwarna. Lagu-lagunya tetap lunak didengar. Biarpun dinyanyi tanpa alunan muzik. Didalam gelak ketawa menonton filem-filemnya, secara sedar atau tidak, ada terselit unsur-unsur realiti kehidupan. Walaupun tidak pernah digambarkan secara terangan. Begitu juga tatkala menonton filem sedihnya, airmata tak betah berhenti mengalir. Padahal, hanya isu biasa yang sering kali kita dengari. Secara peribadi, filem dan lagu Allahyarham kekal hingga kini kerana beliau jujur dalam berkarya. Al-Fatihah. Semoga rohnya diberkati Allah Taala.

Ibu

Percaya...setiap insan yang dilahirkan ke dunia...mempunyai seorang ibu! Dan...pasti signifikasi yang paling ketara dalam kehidupan seorang manusia adalah ibu. Bagaimana ibu berkorban melahirkan, membesar dan mendidik kita. Hadirnya dalam setiap detik dan pelosok kehidupan kita. Tatkala gembira dan ketawa. Dikala duka dan hiba. Begitu juga besarnya kesan bila ibu pergi dahulu menyahut panggilan Illahi. Launglah alunan tangis yang paling hiba...jeritlah sekuat gemparan gegaran gunung berapi...ibu tak kan kembali lagi. Yang tinggal hanya kenangan dan pesanan ibu. Buat bekalan dan panduan hidup. Buat kenangan bila terasa rindu. Bagi yang masih mempunyai ibu.....setiap detik berlalu tidak harus dibiar begitu. Sayangilah ibu. Selamat Hari Ibu.

Guru

Sedang aku menonton TV9 menunggu waktu isyak... "Daddy...hari guru nanti bagi seringgit boleh?....pinta anak aku. "Nak buat apa?" "Nak beli bunga bagi kat cikgu".... "Ok".... Selamat Hari Guru!