Posts

Showing posts from June, 2009

Profesion Pertama

Cita-cita aku masa kecik dulu nak jadi askar. Terpengaruh dengan filem Prebet Lapok dan Darah Satria, lakonan A.R Badol, Tawil dan Aman Shah. Dan, cita-cita aku hampir tercapai bila berjaya melepasi ujian dan pemilihan pegawai kadet ATM yang berlangsung di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu pada tahun 1992. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya. Tapi, profesion aku yang pertama bermula sejak aku berusia 13 tahun. Masa tu aku bersekolah di sessi petang, maka awal-awal pagi aku dah ke kebun bapak aku untuk menoreh getah. Kebun tu rasanya tak la luas sangat, adalah dalam 1 ekar aje rasanya. Cukup la untuk menokok tambah perbelanjaan keluarga aku. Masa pegi sekolah satu badan bau getah skrap, sebab tu aku takde awek masa sekolah dulu. Profesion tersebut berterusan sampai la aku berpindah ke sekolah teknik di Kuantan. Selepas beberapa lama meninggalkan kerjaya tersebut, aku menyambung semula setiap kali cuti semester semasa pengajian aku di UTM. Kali ni, makin mencabar, seb

Trio

Aku ada 10 orang adik beradik, abang sulung dan kakak kedua aku telah meninggal dunia…maka tinggal la 8 orang aje.. Seronok adik beradik ramai ni, walaupun hidup di kampung dengan penuh kesederhanaan, tetapi aku yakin kedua ibubapa aku sudah melakukan yang terbaik untuk membesarkan kami semua. Terima kasih mak dan bapak aku!!! Keduanya dah meninggal dunia. Sepanjang zaman kanak-kanak aku dulu, aku menyertai trio yang dianggotai oleh abang dan adik aku. Kerana usia yang hampir sama dan gender yang serupa, kami sering bersama-sama dalam apa jua aktiviti. Tido, makan, pegi sekolah, main bola, lastik burung, mandi sungai, memancing, pegi kebun dan seanteronya. Abang aku tua setahun, nama glamor dia Togel. Entah sapa yang bagi nama tu aku tak pasti. Mungkin dia sering ditugaskan untuk mengejar ayam togel setiap kali musim raya tiba untuk buat rendang. Sorang yang berani mati dan agak bengis orangnya. Kenangan yang aku rasa tak dapat lupakan adalah masa dia terjatuh dari pokok jering. Masa k

Komuter

Semalam...buat kali pertama di tahun 2009, aku naik komuter. Serdang ke Putra Station...ke PWTC, untuk satu seminar yang entah apa-apa entah. Perjalanan agak lancar dan ketepatan masa memuaskan. Berikut beberapa rakaman yang sempat dibuat menggunakan kamera minda 35 megapiksel, untuk renungan bersama: - 7.25 am - di base menunggu tren, untuk pengetahuan semua, tempat ni adalah kawasan larangan merokok...tapi ada sorang mamat ni, buat tak reti aje....mengganggu kenyamanan pagi. Kesian kakak tu kena sembur dengan asap...biadap! Kalo tak reti nak hormat orang..hormatlah diri sendiri dan kalo masih tak faham, sila merokok sambil baring di atas rel komuter!!! - 7.35 am - dalam tren...orang memang ramai...tapi tempat pemegang tak cukup...jadi ilmu mengimbang badan amat diperlukan..kalo tak memang tercampak dan tergolek-golek! Silap-silap terpeluk orang...kalo lelaki takpe la..kalo pompuan..sapa nak jawap? - 7.40 am - masih dalam tren...rasanya semua penumpang komuter ada handset...tapi tak p

TOL

Sedang aku beratur nak bayar tol kat Kerinchi Link sambil ralit mengira tingkat Menara Rebung TM…tumpuan aku tersentak dengan bunyi hon bertalu-talu dari kereta di hadapan aku. "Oit..sabor la sikit..kalo nak cepat pakai la TnG" getus hati kecik aku. Kemudian aku sedar yang proses di pondok tol agak lambat berbanding lorong tunai di sebelah lagi…tak kan semua hulur duit RM 50.00 atau sibuk tanya arah jalan..tak pun jurutol tu mesti awek cun…. Pemandu tadi masih membunyikan honnya…Arghh! bengit betoi la…aku sondol jugak kang! Tapi bila semakin hampir, pemandu tadi tidak lagi menekan honnya. Aik…dah insaf ke? Bila tiba giliran aku, alangkah terkejutnya aku!!! Jurutol tersebut kudung tangan kanannya, dia hanya menggunakan tangan kiri dan pastinya agak sukar untuk dia menerima dan memulangkan baki wang tol tersebut. Hati aku tiba-tiba tersentap, dengan kelam kabut aku membuka beg kecik berisi duit syiling yang biasa tersangkut di pedal wiper aku dan aku memberikannya jumlah cukup-

Manggis!

Masa kecik-kecik dulu...bila setiap kali tiba musim buah-buahan…memang menyeronokkan..seharian duduk bertenggek atas pokok aje…beruk dengan tupai pun segan! buah rambutan, langsat, durian, mata kucing, rambai dan tak ketinggalan manggis… Dalam banyak-banyak buah-buahan kat Malaysia ni, manggis telah meninggalkan nostalgia kepada aku…nak tau kenapa?? Semuanya bermula di suatu petang yang hening kira-kira 28 tahun dulu… Berbekalkan sebiji raga yang penuh dengan manggis dan basikal Raleigh tua, aku dan adik aku mula mencuba pasaran di sekitar kampung…setelah agak jauh menjelajah dan manggis masih lagi dalam kuantiti yang sama…kami mengatur strategi terakhir. "Oit..kita cuba rumah kat selekoh tu..last la..kalo tak jalan jugak..kita balik la" cadang aku kat adik aku. "Pak Cik..nak beli manggis? Offer adik aku selamba tapi tulus... "Manggis? Kepala tengkorak engko…tu yang berlambak kat belakang rumah tu, sapa yang nak menketedarahnya??? balas Pak Cik tu dengan penuh "

Perjalanan Harmoni Ke Utara

Image
Tepat jam 7.15 pagi tadi, genap 35 tahun usiaku..Ya! Allah, Kau berkati dan rahmatilah kehidupan hambaMu ini. Amin! Jumaat 5 Jun 2009 jam 6 petang, bermulalah perjalananku ke utara untuk menyertai rombongan perminangan untuk anak sulung kakak sulungku, Mujahid. Berbekalkan enjin vvt-i 1499 cc tahun 2004 dengan kelajuan maksimum 170 km/j, aku memandu dengan penuh hati-hati. Selepas berhenti untuk solat di R&R Tapah dan perkena ayam kampung Pelita di Juru, tepat jam 1.00 pagi kami tiba di Darulaman Suite. Meter perjalanan menunjukkan bacaan 470 km. Kelopak mataku dah gagal dikawal..apa lagi…acara melelapkan mata sambil berdengkur bermula. Sabtu 6 Jun 2009, serentak dengan hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, kami berkonvoi ke rumah bakal tunangan Mujahid di Kg.Sungai Korok, Telaga Batu, Jitra. Perjalanan kami diraikan dengan permandangan indah bendang padi di kiri dan kanan jalan. Indahnya bumi bertuah ini. Tepat jam 11.30 pagi, majlis bermula dan berjalan dengan lancar hingga akhir

Kantoi!

Kisah ni berlaku masa aku tingkatan 4….nak balik ke asrama kat Kuantan. Seperti biasa berat rasanya kaki melangkah keluar rumah sambil memikul sebiji beg….sambil menunggu bas Tanjong Keramat untuk ke bandar Temerloh, bas retro yang cukup sinonim dengan penduduk kampung. Biasanya dalam setengah jam, bas dah sampai, aku naik…orang tak ramai sangat…maklum la pagi lagi… Bila sampai aje kat kampung sebelah, naik sorang lelaki…macam kenal aje. Ah! pedulik kan la…aku terus menikmati keindahan Sungai Pahang dari tingkap bas. Tiba-tiba mamat tu duduk sebelah aku…aku tenang aje…. Bila tiba masa nak bayor tambang…mamat tu cakap takde duit..konduktor bas tu dah marah-marah…tiba-tiba mamat tu suruh aku bayor. Aik!banyak cantik? Aku cakap aku takde duit kecik, sambil menunjukkan not RM 50.00 yang bapak aku bagi tadi. "Ah! takpe la, lain kali turun jalan kaki" bentak konduktor bas tu kat mamat tu! Mamat tu tak puas hati...dia mula memeras ugut aku, seram sejuk jugak badan aku, dia

Aku Budak Kampong!

Rutin seharian sorang budak kampong berusia 8 tahun (hari tak sekolah)... 6 pagi : Bangun..mandi kat perigi..air dia sejuk sampai mengigil-gigil...tapi memang segor dan nyaman. Solat subuh. 7 pagi : Sarapan..menu wajib..cekodok pisang, lepat pisang, ubi/keledek rebus atau kalo bernasib agak baik...nasi goreng. 8 pagi : Cari cangkul dengan parang sorang sebilah..pegi kebun. Kat kebun selain daripada pokok buah-buahan seperti durian, manggis dan rambutan, ada ubi kayu, keledek, pisang, cili dan lain-lain...selalunya untuk makan sendiri dan kalo ada lebih...boleh la tolak kat orang-orang kampung! 1 tghari : Balik rumah...mandi...solat zohor. Makan tengahari...tido jap! 3 petang : Kena pegi mengaji! Tok Aji Daud dan Mak Aji Siah dah tunggu. 5 petang : Selepas solat asar. Main bola kat padang sekolah. Kalo tak dapat lampu hijau daripada mak dan bapak aku...main kat laman rumah aje..tiang gol pokok kelapa dengan pokok mempelam! 7 malam : Dah kena berada kat rumah...agak-agak nak kena sebat d