TOL
Sedang aku beratur nak bayar tol kat Kerinchi Link sambil ralit mengira tingkat Menara Rebung TM…tumpuan aku tersentak dengan bunyi hon bertalu-talu dari kereta di hadapan aku.
"Oit..sabor la sikit..kalo nak cepat pakai la TnG" getus hati kecik aku.
Kemudian aku sedar yang proses di pondok tol agak lambat berbanding lorong tunai di sebelah lagi…tak kan semua hulur duit RM 50.00 atau sibuk tanya arah jalan..tak pun jurutol tu mesti awek cun….
Pemandu tadi masih membunyikan honnya…Arghh! bengit betoi la…aku sondol jugak kang!
Tapi bila semakin hampir, pemandu tadi tidak lagi menekan honnya. Aik…dah insaf ke?
Bila tiba giliran aku, alangkah terkejutnya aku!!!
Jurutol tersebut kudung tangan kanannya, dia hanya menggunakan tangan kiri dan pastinya agak sukar untuk dia menerima dan memulangkan baki wang tol tersebut.
Hati aku tiba-tiba tersentap, dengan kelam kabut aku membuka beg kecik berisi duit syiling yang biasa tersangkut di pedal wiper aku dan aku memberikannya jumlah cukup-cukup RM 1.50…
Aku meneruskan perjalanan dengan hati yang penuh sebak….macam nak demam pun ada jugak!
Moral : Apa jugak keadaan…selidik la dulu betul-betul..tak guna kalo tengok CSI tiap-tiap hari..tapi asyik serkap jarang aje! Bak kata perpatah "Terlajak perahu kalo kat air terjun Niagara..memang tak leh undur dah"..

Comments