Trio
Aku ada 10 orang adik beradik, abang sulung dan kakak kedua aku telah meninggal dunia…maka tinggal la 8 orang aje..
Seronok adik beradik ramai ni, walaupun hidup di kampung dengan penuh kesederhanaan, tetapi aku yakin kedua ibubapa aku sudah melakukan yang terbaik untuk membesarkan kami semua. Terima kasih mak dan bapak aku!!! Keduanya dah meninggal dunia.
Sepanjang zaman kanak-kanak aku dulu, aku menyertai trio yang dianggotai oleh abang dan adik aku. Kerana usia yang hampir sama dan gender yang serupa, kami sering bersama-sama dalam apa jua aktiviti. Tido, makan, pegi sekolah, main bola, lastik burung, mandi sungai, memancing, pegi kebun dan seanteronya.
Abang aku tua setahun, nama glamor dia Togel. Entah sapa yang bagi nama tu aku tak pasti. Mungkin dia sering ditugaskan untuk mengejar ayam togel setiap kali musim raya tiba untuk buat rendang. Sorang yang berani mati dan agak bengis orangnya. Kenangan yang aku rasa tak dapat lupakan adalah masa dia terjatuh dari pokok jering. Masa kejadian tu aku berada diatas pokok yang sama dan melihat sendiri bagaimana dia melayang ke bawah…tinggi jugak rasanya pokok tu… "Kelepek" bunyinya. Aku panik semacam aje sambil menjerit memanggil bapak aku. Bapak aku datang dengan sebaldi air dan mandikan dia bawah perdu pokok jering tu. Alhamdulillah! dia boleh bangun semula selepas pengsan beberapa minit.
Adik aku pulak digelar Bongek, 3 tahun muda daripada aku. Pernah membawak diri selama beberapa tahun ke Negara Matahari Terbit. Aku tak ingat sangat karektor dia masa kecik dulu. Tapi sering mengikut ke mana saja. Dia ni pun pernah jatuh pokok jugak, cuma pokok aje yang lain, iaitu pokok durian. Puncanya sebab nak intai kami menyorok kat mana, masa main sorok-sorok. Tu la…main kelat lagi. Semalaman jugak dia merenggek-renggek tak leh tido…dan kami pun mendapat komisen masing-masing dari mak…iaitu beberapa kesan birat kat belakang badan…kesan tindak balas rotan terhadap kulit manusia! Biasa la…yang tua tak jaga adik-adik!
Aku pulak…rasanya tak de nama samaran, maklum la..aku ni low profile! hahaha… manakala peristiwa yang menimpa aku yang mungkin diingati oleh kami adalah bila tapak kaki kanan aku tertikam tunggul kayu. Kejadian berlaku dikebun, semasa kami bertanding berlari pecut sapa sampai rumah dulu. Memang ngeri dan lebih sebulan aku jalan bertongkat.
Selalunya kami sering bersama-sama ke Sungai Triang untuk mandi manda, memancing, mencari kijing atau mengagau ikan masa musim orang menuba. Kalau sungai tersebut ada skim menghargai pelanggan, pasti kami bertiga dah dapat keahlian platinum.
Kalau main bola dalam pasukan yang sama, adik aku akan bertindak sebagai sweeper, abang aku striker dan aku jadi midfielder. Cita-cita kami dulu memang nak bermain dengan pasukan negeri Pahang, tetapi dibatasi oleh tuntutan keperluan akedemik yang lebih dititikberatkan oleh ibubapa dan juga guru-guru kami dulu. Mungkin mereka lebih arif tentang hala tuju sukan bolasepak di negara ini.
Momen yang mungkin nostalgik buat kami adalah petang2 bila hujan turun, kami akan duduk di muka pintu menunggu seekor burung yang akan hinggap disebatang pokok yang dah mati di depan rumah…tak pasti burung apa…tapi ada ekor yang panjang dan sangat cantik…
Kami terpisah buat sementara bila masing-masing meneruskan pelajaran di peringkat menengah di sekolah yang berlainan. Tetapi kini kami berkumpul semula di Lembah Klang, dimana abang aku di Putrajaya dan aku serta adik aku bermastautin di sekitar Balakong.
Walaupun dibatasi dengan komitmen kepada keluarga dan kerjaya, kami masih cuba meluangkan masa bersama-sama sambil mengimbas nostalgia masa kecik dulu. Selalunya akan bermula dengan SMS "Oit..jom mancing"….atau pun "Oit…badminton jom"…
* korang berdua kalo baca jangan marah aaa….memang aku takde nama samaran kan..kan..kan…

Comments