Perjalanan Harmoni Ke Utara
Tepat jam 7.15 pagi tadi, genap 35 tahun usiaku..Ya! Allah, Kau berkati dan rahmatilah kehidupan hambaMu ini. Amin!
Jumaat 5 Jun 2009 jam 6 petang, bermulalah perjalananku ke utara untuk menyertai rombongan perminangan untuk anak sulung kakak sulungku, Mujahid. Berbekalkan enjin vvt-i 1499 cc tahun 2004 dengan kelajuan maksimum 170 km/j, aku memandu dengan penuh hati-hati. Selepas berhenti untuk solat di R&R Tapah dan perkena ayam kampung Pelita di Juru, tepat jam 1.00 pagi kami tiba di Darulaman Suite. Meter perjalanan menunjukkan bacaan 470 km. Kelopak mataku dah gagal dikawal..apa lagi…acara melelapkan mata sambil berdengkur bermula.
Sabtu 6 Jun 2009, serentak dengan hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, kami berkonvoi ke rumah bakal tunangan Mujahid di Kg.Sungai Korok, Telaga Batu, Jitra. Perjalanan kami diraikan dengan permandangan indah bendang padi di kiri dan kanan jalan. Indahnya bumi bertuah ini.
Tepat jam 11.30 pagi, majlis bermula dan berjalan dengan lancar hingga akhir. Keramahan dan kesopanan keluarga sebelah perempuan serta penduduk kampung, ditambah dengan hidangan lauk pauk seperti daging masak kicap + rebung, ayam masak merah, rendang daging dan sambal belacan membuatkan kami terasa seperti berada di kampung halaman sendiri. Nasib baik tak de yang menangis meraung-raung tak nak balik.
Sebelah petangnya, selepas berehat sebentar menghilangkan kepedasan sambal belacan, kami ke Bukit Kayu Hitam untuk menjenguk ketabahan keluarga balu arwah abangku meneruskan kehidupan disana. Seterusnya, kami merentasi ladang tebu Chuping yang terbentang indah untuk ke Padang Besar, Perlis. Beberapa helai jersi Liverpool terpaksa dipunggah untuk persediaan musim baru EPL Ogos ini.
Ahad 7 Jun 2009, tepat jam 8.00 pagi kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan rasa sayu untuk meninggalkan keindahan dan keramahan Kota Darulaman. Namun, kami mempunyai janji untuk kembali ke sana pada Disember nanti. Alhamdulillah! Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi diatas keselamatan dan kesempurnaan perjalanan dan majlis tersebut.

Comments