Aku Budak Kampong!

Rutin seharian sorang budak kampong berusia 8 tahun (hari tak sekolah)...

6 pagi : Bangun..mandi kat perigi..air dia sejuk sampai mengigil-gigil...tapi memang segor dan nyaman. Solat subuh.
7 pagi : Sarapan..menu wajib..cekodok pisang, lepat pisang, ubi/keledek rebus atau kalo bernasib agak baik...nasi goreng.
8 pagi : Cari cangkul dengan parang sorang sebilah..pegi kebun. Kat kebun selain daripada pokok buah-buahan seperti durian, manggis dan rambutan, ada ubi kayu, keledek, pisang, cili dan lain-lain...selalunya untuk makan sendiri dan kalo ada lebih...boleh la tolak kat orang-orang kampung!
1 tghari : Balik rumah...mandi...solat zohor. Makan tengahari...tido jap!
3 petang : Kena pegi mengaji! Tok Aji Daud dan Mak Aji Siah dah tunggu.
5 petang : Selepas solat asar. Main bola kat padang sekolah. Kalo tak dapat lampu hijau daripada mak dan bapak aku...main kat laman rumah aje..tiang gol pokok kelapa dengan pokok mempelam!
7 malam : Dah kena berada kat rumah...agak-agak nak kena sebat dengan rotan atau anak pokok mengkudu..balik la lambat! Solat maghrib...
8 malam : Makan malam...solat isyak...baca buku sekolah...setakat ini pengaruh rancangan T.V seperti ultraman dan Gaban belum begitu meruncing lagi...
9 malam : Dah tido dah!

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan