Di suatu pagi yang hening di bulan ramadhan kira-kira 28 tahun yang lalu, aku bersama adik dan abang aku berpakat untuk mencari kijing (sejenis kerang sungai) di Sungai Triang. Kijing ini boleh diperolehi ditebing sungai yang berlumpur dan sungguh enak dimasak sambal tumis atau lemak cili padi. Sesekali perkena, mak mentua lalu kat belakang memang tak nampak punya. Berbekalkan sebuntil guni dan semangat yang berkobar-kobar, kami bertiga mula meranduk sungai yang agak jernih untuk mencari lokasi yang sesuai. Kira-kira sejam berlalu, kijing yang diperolehi agak lumayan, tapi belum memuaskan hati kami bertiga. Maka kami berpakat untuk menyeberang sungai tersebut untuk mencari di tebing sebelah sana pula. Setelah hampir ke tengah sungai, air masih paras pinggang…hehehe… "tohornya air sungai ni" tegur abang aku… Tiba-tiba….secara tidak semena-mena kami bertiga tengggelam dalam pusar air ditengah-tengah sungai….dengan masing-masing tak pandai berenang….kalau pandai pun…berena...
Sedang aku termenung...melihat titis2 hujan gerimis petang...tiba2 tumpuanku terarah ke seekor burung tiung...juga dikenali sebagai burung gembala kerbau...yang hinggap di pintu pagar rumah... Semasa kecik dulu...kami pernah diamanahkan untuk menjaga seekor burung tiung...tuannya terpaksa meninggalkan kepada kami kerana beliau terpaksa keluar daerah untuk beberapa ketika. Nama burung tiung itu Awang. Kami begitu gembira dan berebut2 untuk memberi Awang makan... Setelah seminggu, Awang makin jinak dan tidak perlu dikurung dalam sangkar lagi...Awang seolah2 mengerti bila namanya dipanggil...dia akan terbang ke arah emak bila namanya dipanggil. Namun, pada suatu hari Awang hilang. Puas kami mencari2....emak kelihatan agak risau...mungkin bimbang akan dimarahi oleh tuan burung itu. Kami mula mencari-cari Awang dimerata tempat. Hinggalah beberapa hari kemudian kami terlihat seekor burung tiung mirip Awang bermain-main di rumah jiran kami yang lain. Kami cuba untuk bertanya dan menyatakan ba...
Pergilah... Ke mana saja... Mencari maksud yang tersirat... Pergilah.... Biar ke hujung dunia... Andai disana ada jawapan... Pergilah... Andai ketiadaan itu... Dapat menerbit rindu.. Namun... Jangan lupa untuk pulang.. Kerana kepulangan itu.. Sesuatu yang dinanti..
Comments
hehe
Memang susah kalo nak satu kaler aje...