Semalam di puncak Kilimanjaro

Suatu pagi yang nyaman.

Firdaus menghirup secangkir teh hijau dan menjamah sekeping roti.

Beliau perlu segera memulakan perjalanan....

Bermula dikaki Kilimanjaro, beliau tekun meniti dan mendaki setiap denai dan lurah untuk ke puncak...sesekali beliau berhenti mengelap peluh yang menitis.

Terpacak mentari diatas kepalanya tatkala beliau berhenti ditepi terjunan air yang mendingin. Berwudhuk menunaikan solat jamak zohor dan asar....

Seketika melepaskan lelah...beliau meneruskan perjalanan....

Mentari mula memancar redup jingga menyelinap diufuk tatkala beliau tiba dipuncak...

Sayup suara azan memuji kebesaran Allah, Rasullah dan memanggil menyembahNya serta meniti kejayaan.

Firdaus tercari-cari punca talun suara azan tersebut...

Terpinga beliau tatkala melihat susuk berjubah putih tegak mengalun azan....

Selepas menunaikan Maghrib berjemaah....Firdaus berbicara dengan orang berjubah putih itu.

"Siapa nama saudara? Apa pula gerangan saudara dipuncak ini".

"Panggil saja hamba Abdullah dan hamba mencari ketenangan abadi" jawab si jubah putih.

"Saudara Abdullah...apakah yang paling hampir dengan manusia?" tanya Firdaus.

"MATI"

"Apa pula yang paling jauh?"

"MASA LALU"

"Apa yang paling besar bagi manusia di muka bumi ini?"

"HAWA NAFSU"

"Apakah yang paling berat bagi manusia sebagai hamba Allah?"

"MEMEGANG AMANAH"

"Apa pula yang paling ringan"

"MENINGGALKAN SOLAT"

"Mana yang paling tajam...pedang atau busar panah"

"LIDAH MANUSIA"

"Apakah.......????" Firdaus menoleh ke arah Abdullah...

Tapi beliau sudah tiada di tempatnya tadi...

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan