Sebuah kisah di bumi bertuah!
"Kemiskinan boleh menjurus kepada kekufuran"…islam menggalakkan umatnya mengelakkan kemiskinan yang membawa kepada kekufuran.
Sisipan akhbar Utusan Malaysia 20 April 2009, mengisahkan seorang ibu tunggal bersama 15 orang anaknya pernah tinggal di dalam hutan kerana tidak mampu untuk menyewa sebuah rumah.
Sejenak saya merenung jauh, cuba untuk merasai dan menyelami perit jerih ibu tunggal tersebut. Tanpa disedari air mata bergenang. Besar dugaan Allah Taala terhadapnya. Semoga dugaan tersebut menandakan kasih sayang Allah kepada hambaNya.
Si ibu tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 8 kilometer untuk bekerja demi sesuap nasi untuk anak-anaknya dan pernah mereka hanya makan bubur kanji bersama kepala ikan bilis.
Kisah di atas mungkin dikatogerikan sebagai kes terpencil oleh kebanyakan kita. Namun, hakikat yang paling menyedihkan adalah ianya masih wujud di bumi bertuah Malaysia ini.
Siapakah individu atau pihak yang harus bertanggungjawab? Dimanakah perginya si bapa kepada 15 orang anak-anak tersebut? Adakah pihak-pihak yang berkaitan telah menjalankan kewajipan mereka dengan berkesan?
Mungkin pihak-pihak terlibat sedang sibuk menyelongkar fail-fail berkaitan atau sekurang-kurangnya menunding jari kepada pihak lain. Sedangkan di luar sana mungkin terdapat insan-insan yang sedang dinafikan hak-hak mereka. Mungkin ada anak-anak yang tidak berpeluang ke sekolah…ada ibu-ibu tunggal yang memerlukan bantuan…ada insan-insan yang kurang bernasib baik memerlukan secebis bantuan demi sesuap nasi….
Semoga si ibu tadi tetap tabah!

Comments