Nostalgika
Aku tersedar didinihari ini
Bila terdengar laungan azan Madrashah Darul-Huda
Mandi dinginnya air telaga
Menyerah diri kepada Illahi
Memohon ampun dan redhaNya
Bersarapan jemput-jemput pisang
Air tangan ayah pengganti arwah ibu
Semenjak puluhan tahun tanpa jemu
Kekadang menjamah enaknya
Nasi lemak, keledek ubi rebus
Berbekal semangat dinginnya pagi
Aku meredah kabus diperkebunan getah
Tugas selesai tatkala azan Zuhur sayup-sayup
Laungan bilal surau Kampung Jeram Ular
Sajian pucuk ubi celur dan sambal belacan
Bersama lemak cili padi ikan haruan
Menu sempurna sederhana
Tatkala mentari condong ke barat
Tubuh badan mula perlu rehat
Sepicing dua mata terlelap
Selepas sujud delapan dan empat rukuk
Diwaktu asar memohon ampun dan redhaNya
Bermain bola dipadang sekolah Kerayong
Mempamer hebatnya rembatan tepat
Tatkala senja mula menerpa
Hari mula menarik tirai
Semoga esok masih menjanjikan
Keampunan dan keredhaanNya
Itu...momen nostalgik
Yang tidak mungkin dapat diulang-ulang
Namun tidak pernah salah untuk dikenang.
Bila terdengar laungan azan Madrashah Darul-Huda
Mandi dinginnya air telaga
Menyerah diri kepada Illahi
Memohon ampun dan redhaNya
Bersarapan jemput-jemput pisang
Air tangan ayah pengganti arwah ibu
Semenjak puluhan tahun tanpa jemu
Kekadang menjamah enaknya
Nasi lemak, keledek ubi rebus
Berbekal semangat dinginnya pagi
Aku meredah kabus diperkebunan getah
Tugas selesai tatkala azan Zuhur sayup-sayup
Laungan bilal surau Kampung Jeram Ular
Sajian pucuk ubi celur dan sambal belacan
Bersama lemak cili padi ikan haruan
Menu sempurna sederhana
Tatkala mentari condong ke barat
Tubuh badan mula perlu rehat
Sepicing dua mata terlelap
Selepas sujud delapan dan empat rukuk
Diwaktu asar memohon ampun dan redhaNya
Bermain bola dipadang sekolah Kerayong
Mempamer hebatnya rembatan tepat
Tatkala senja mula menerpa
Hari mula menarik tirai
Semoga esok masih menjanjikan
Keampunan dan keredhaanNya
Itu...momen nostalgik
Yang tidak mungkin dapat diulang-ulang
Namun tidak pernah salah untuk dikenang.
Comments