Kenangan.

Di suatu pagi yang hening di bulan ramadhan kira-kira 28 tahun yang lalu, aku bersama adik dan abang aku berpakat untuk mencari kijing (sejenis kerang sungai) di Sungai Triang. Kijing ini boleh diperolehi ditebing sungai yang berlumpur dan sungguh enak dimasak sambal tumis atau lemak cili padi. Sesekali perkena, mak mentua lalu kat belakang memang tak nampak punya.

Berbekalkan sebuntil guni dan semangat yang berkobar-kobar, kami bertiga mula meranduk sungai yang agak jernih untuk mencari lokasi yang sesuai.

Kira-kira sejam berlalu, kijing yang diperolehi agak lumayan, tapi belum memuaskan hati kami bertiga. Maka kami berpakat untuk menyeberang sungai tersebut untuk mencari di tebing sebelah sana pula. Setelah hampir ke tengah sungai, air masih paras pinggang…hehehe… "tohornya air sungai ni" tegur abang aku…

Tiba-tiba….secara tidak semena-mena kami bertiga tengggelam dalam pusar air ditengah-tengah sungai….dengan masing-masing tak pandai berenang….kalau pandai pun…berenang kucing atau berenang itik…namun dalam keadaan panik semua skil berenang tu hilang tak tau ke mana….

Setelah agak lama tenggelam timbul dan entah berapa teguk air dah terminum…kami mula mengaplikasi segala skil renang yang ada…skil renang kucing, ayam, katak, beruang..semua pun ada...akhirnya kami berjaya juga keluar dari pusar air tersebut.

Dengan guni kijing dah hanyut entah ke mana, perut dah senak dengan air sungai, kami bertiga tersadai di tebing sungai. Masing-masing pucat lesi….tapi dalam hati macam nak tergelak…."mulut sapa yang celupar tadi?" soal aku sambil terbatuk-batuk….tak de jawapan…masing ketawa terbahak-bahak!!

Kijing tak dapat tapi perut dah kenyang minum air sungai…boleh tahan sampai berbuka nanti!
Kami bertiga berjalan pulang macam tak de apa-apa yang berlaku!

Moral: Kalau setakat pandai berenang katak…jangan sungai nak diseberangi.

Comments

Popular posts from this blog

Awang

Kepulangan