Ibu

Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku
Bila kuberduka..engkau hadir disisiku selalu...

Setiap tahun kita menyambut hari ibu....bagi pendekatan biasa, ianya tidak lebih seperti sambutan harijadi..namun bagi mereka-mereka yang mengerti akan keistimewaan insan bergelar ibu..pastinya setiap hari adalah hari ibu.

Dimanakah ibu kita sekarang?Sihatkah dia?Gembirakah dia?Cukupkah masa kita peruntukan untuk ibu?

Pengorbanan ibu bermula saat kita terbentuk sebagai janin dikandungan ibu. Kemudian saat kita dilahirkan seterusnya membesar dengan kasih sayang ibu. Berapakah nilai harga pengorbanan ibu jika boleh diterjemahkan ke nilai matawang?Pasti tiada siapa yang mampu memberi sebutharga tersebut. Malah tidak perlu pun, kerana ibu tidak pernah meminta pengorbanannya melahir dan mendidik kita dibayar dengan wang ringgit.

Namun, sebagai anak pasti pernah terlintas dibenak fikiran kita untuk membalas jasa-jasa dan pengorbanan ibu. Bagaimanakah caranya? Perlukah dengan wang ringgit?Emas berlian?Harta bertimbun?

Buat mereka yang masih mempunyai ibu, peruntukanlah masa dan perhatian kepada ibu. Kerana disaat ibu pergi meninggalkan kita kelak, masa bak emas atau perhatian kelas pertama tidak bermakna lagi........

"Selamat Hari Ibu" buat semua yang bergelar IBU!

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan