Berakhirnya Satu Penantian
Sabtu 16 Mei, Manchester United mengesahkan kejuaraan Barclay’s EPL setelah seri 0-0 dengan Arsenal di Old Trafford (kempunan nak tengok penyudahan dramatik...)
Ahad, 17 Mei, Liverpool mengesahkan kedudukan naib juara setelah menyingkirkan West Brom 2-0 (kecuali Chelsea menang besar ke atas Sunderland dan Liverpool kecundang buat kali ke-2 kepada Spurs dalam perlawanan terakhir).
Sebagai peminat yang tidak fanatik, sedikit perasaan kecewa menyelubungi namun berpuashati dengan persembahan keseluruhan The Reds musim ini. Walaupun mempamerkan persembahan yang mantap dengan membenam pasukan-pasukan elit seperti Manchester United dan Chelsea, kegagalan The Reds mengutip mata penuh ketika menentang pasukan bawahan liga menjadi punca kegagalan The Reds untuk mencatat kejuaraan Liga ke-19.
Seri 7 kali di Anfield merupakan suatu fenomena yang agak aneh untuk diterima. Selain itu kecederaan tonggak utama seperti Steven Gerard dan Fernando Torres menjejaskan momentum persembahan The Reds. Rafael Benitez juga perlu mengkaji dan menjelaskan persoalan diatas 2 kekalahan The Reds musim ini iaitu kepada Spurs dan Boro.
Walaubagaimanapun, setelah beberapa musim The Reds terpaksa mengekori Manchester United, Chelsea dan Arsenal, kedudukan naib juara bukanlah suatu yang perlu diratapi. Jika The Reds mampu mengekalkan momentum persembahan terkini, tidak keterlaluan jika musim EPL 2009/2010 adalah milik mutlak The Reds.

Comments