Diambang maut (part 1)

Hari ini hari jumaat, sekitar tahun 1997, tamat kuliah sesi pagi di Fakulti Geoinformatik, UTM Skudai, Johor Bahru.
Setelah perkena asam pedas ikan terubuk dan sup ayam di Tmn Universiti, aku bermotosikal dengan rakan sekelas untuk pulang ke rumah sewa. Kena cepat sikit…nak bersiap pergi solat jumaat!! Namun, tiba di suatu simpang, ada seorang india tua sedang menunggang motosikalnya dengan perlahan, dari jauh lagi aku dah mengawasinya "apahal ane ni…lain macam aje"
Belum sempat berbuat apa-apa…si ane tadi dengan rakusnya membelok ke kanan untuk memasuki simpang tersebut.

Apalagi..DUM! Tak sempat nak elak dah, dengan kelajuan hampir 80km/j, impak perlanggaran tersebut cukup mengerikan, aku tercampak dan tergeser di atas jalan. Bertambah parah apabila member yang bersaiz mega tu turut menghempap aku, dengan luka parah ditangan dan lutut, aku hanya mampu terbaring. Dalam samar-samar aku masih dapat melihat si ane tadi tertonggeng kat tengah2 jalan…macam Valentino Rossi silap ambik lap la….

Seketika kemudian tiba beberapa orang rakan serumah membantu, aku dibawa ke klinik berhampiran, dengan doktor kelam kabut tengah makan tengahari, aku dijahit tanpa dibius… sakit memang tak boleh nak cakap….sendiri mau tanggung le!
Malangnya, kecederaan lengan aku agak parah, ada urat yang putus. Darah masih membuak2 keluar, walaupun telah dijahit. Akhirnya aku telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi bersusah payah tolong hantar dan beberapa orang rakan yang menemani (ponteng solat jumaat & kuliah beb)!!!

Setelah hampir 2 jam dalam bilik pembedahan, akhirnya aku dibenarkan pulang dengan penuh balutan di tangan dan lutut. Semasa nak keluar dari bilik rawatan, aku bertembung dengan si ane tadi yang dipapah oleh anaknya, teruk jugak lukanya..sumbing bibir si ane tu…kesian!!!!

Terima kasih doktor yang rasanya amat cekap dan peramah. Tangan kanan aku hancur, tak boleh nak menulis. Petang tu ada kelas lagi tapi buat kali kedua sepanjang tempoh pengajian di UTM, aku terpaksa ponteng kelas! (Yang pertama..sebab tengok live Piala Dunia Remaja)..kalo bapak aku tau ni…mahu tak leh balik kampung setahun. Minggu depan final exam. Arghh! abis le aku!!! Awek-awek yang jumpa kat fakulti kalo diaorang tanya…aku cakap "jatuh katil le"…padahal aku tido atas TOTO aje…hehehehe..

Masih ada 2 kertas yang belum habis final exam. Walaubagaimanapun, perjuangan mesti diteruskan, dengan tangan kanan tak boleh menulis, aku nekad untuk melengkapkan 2 kertas tersebut. Kertas yang pertama kertas jawapan penuh dengan darah…dan yang akhir aku terpaksa tulis pakai tangan kiri….berterabur beb!

Alhamdulillah! Aku lulus 2 kertas tersebut dan berjaya melengkap pengajian tahun akhir. Masalah seterusnya adalah nak menghadap ayahandaku yang tercinta…sebab berita kemalangan ini masih belum disebarkan lagi…takut beb!

Namun 2 minggu selepas kemalangan, dengan tangan dan kaki masih berbalut..aku meneruskan rutin setiap kali cuti semester iaitu menunggang pulang dari Johor Bahru ke Bera. Nasib baik…ayahandaku tak murka…tapi berdesing jugak telinga kena leter (nasihat tu)….

Moral: Awas dengan motorsikal yang lampu signalnya rosak atau kabur!! Bededah punya Ane…masuk simpang tak bagi signal!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan