Pergi

Selamat Jalan Roy Hodgson!

Kami cuba untuk bersabar, tapi kesabaran kami ada hadnya. Anda terpaksa pergi....

Selepas 20 perlawanan, dengan hanya 7 kemenangan, 25 mata di carta BPL serta ketinggalan 19 mata berbanding peneraju carta, Liverpool sudah tidak mampu untuk
berdiam diri lagi. Sesuatu harus dilakukan juga.

Penyingkiran Roy Hodgson dan perlantikan Kenny Dalglish sebagai penganti harus memberi kekuatan untuk Liverpool kembali ke landasan sebenar.

Sepanjang fasa pertama BPL lalu, Liverpool seolah-olah dibuai mimpi. Walaupun dibarisi oleh pemain-pemain hebat seperti Fernando Torres, Steven Gerard, Dirk Kuyt, Joe Cole, Rey Meireles dan Maxi Rodrigues, The Reds kelihatan cukup lemah dan tidak teratur. Mungkin keputusan menyingkirkan Hogdson adalah jalan terakhir dan tepat buat ketika ini.

Semalam, walaupun tewas kepada M.U 0-1, dalam Piala FA, namun, sedikit melegakan adalah persembahan yang meningkat mendadak oleh The Reds. Sekurang-kurangnya memberi sedikit sinar harapan buat peminat-peminat. Jika sebelum ini, barisan pertahanan agak longgar dan lemah, namun kehadiran Daniel Agger dan Kelly, sedikit sebanyak memberi nafas baru buat Liverpool.

Perlawanan menentang Blackpool harus menjadi agenda terpenting buat Liverpool. Kesan kekalahan 1-2 di Anfield dahulu harus segera dipadamkan Khamis ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan