Posts

Permata

Semalam genap 38 tahun pemergian Allahyarham P.Ramlee. Walaupun beliau pergi setahun sebelum aku dilahirkan, namun khazanah yang beliau tinggalkan amat dekat dihati. Filem-filemnya tidak pernah jemu ditonton acapkali. Walaupun kebanyakannya tidak berwarna. Lagu-lagunya tetap lunak didengar. Biarpun dinyanyi tanpa alunan muzik. Didalam gelak ketawa menonton filem-filemnya, secara sedar atau tidak, ada terselit unsur-unsur realiti kehidupan. Walaupun tidak pernah digambarkan secara terangan. Begitu juga tatkala menonton filem sedihnya, airmata tak betah berhenti mengalir. Padahal, hanya isu biasa yang sering kali kita dengari. Secara peribadi, filem dan lagu Allahyarham kekal hingga kini kerana beliau jujur dalam berkarya. Al-Fatihah. Semoga rohnya diberkati Allah Taala.

Ibu

Percaya...setiap insan yang dilahirkan ke dunia...mempunyai seorang ibu! Dan...pasti signifikasi yang paling ketara dalam kehidupan seorang manusia adalah ibu. Bagaimana ibu berkorban melahirkan, membesar dan mendidik kita. Hadirnya dalam setiap detik dan pelosok kehidupan kita. Tatkala gembira dan ketawa. Dikala duka dan hiba. Begitu juga besarnya kesan bila ibu pergi dahulu menyahut panggilan Illahi. Launglah alunan tangis yang paling hiba...jeritlah sekuat gemparan gegaran gunung berapi...ibu tak kan kembali lagi. Yang tinggal hanya kenangan dan pesanan ibu. Buat bekalan dan panduan hidup. Buat kenangan bila terasa rindu. Bagi yang masih mempunyai ibu.....setiap detik berlalu tidak harus dibiar begitu. Sayangilah ibu. Selamat Hari Ibu.

Guru

Sedang aku menonton TV9 menunggu waktu isyak... "Daddy...hari guru nanti bagi seringgit boleh?....pinta anak aku. "Nak buat apa?" "Nak beli bunga bagi kat cikgu".... "Ok".... Selamat Hari Guru!

Optimis

Kadang2 bukan semua rancangan menjadi Kadang2 terasa macam mencurah air di daun keladi Penat lelah seolah tidak bermakna Usaha gigih seolah tidak buat apa2 Ada yang jadikan cabaran Tak kurang yang dah bosan Cuma yang kekal optimis terus berdiri Mencari jalan semoga dikurnia Illahi Teruskan perjuangan!

Doa

Ya Allah! Sesungguhnya hanya padaMu aku berdoa. Memohon ampun atas segala dosa. Memohon rahmat dan keredhaanMu. Kerana kadang2 alpa mengingatiMu. Leka dengan kemewahan duniawi. Gundah kerana kurangnya nikmat. Padahal...Engkau yang berkuasa atas segala. Ya Allah! Berikanlah petunjukMu. Kurniakan hidayahMu. Supaya aku selalu muhasabah. Kerana kadang2 taksub kepada mahkluk. Hingga lupa Engkau yang berkuasa atas segala. Ya Allah! Ampunkan hambaMu ini. Kerana kadang2 lupa dan alpa. Atas nikmat dikurnia. Amin!

Sabar

Setiap kejadian... Ada hikmah disebalik... Luahan biasa kedengaran... Cubaan dan ujian... Untuk yang mampu menangani... Bukan sembarangan... Ribut petir hujan banjir.. Ombak tinggi arus deras... Memusnah harta meragut nyawa... Menangani dengan sabar Berserah diri pada yang Esa Memohon rahmat dan perlindungan Berbekal hati yang tabah Berlandaskan jiwa yang cekal Moga kesabaran berbalas

Syiling dan Beras

Dulu duit syiling bertaburan... Orang berebut-rebut kutip... Lupa siapa yang punya... Lupa hak siapa kita geledah... Semalam ada beras yang tumpah... Orang pakat-pakat kaut... Juga lupa siapa yang punya hak... Buat-buat lupa yang Maha Melihat...