Kalau pergi ke Kuala Kubu
Kuala Kubu Bharu merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor, dimana terletaknya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Hulu Selangor serta agensi-agensi penting yang lain. Kedudukannya yang agak terpencil membuatkan pekannya masih mengekalkan keaslian dan kesegaran alam sekitarnya. Bangunannya seolah-olah masih di zaman sebelum merdeka, dimana sentuhan binaan Inggeris masih jelas kelihatan. Mengapa pekan ini menjadi pilihan saya? Sekali imbas pekannya seolah-olah pekan Triang di Bera, Pahang Darul Makmur, tempat persinggahan wajib saya semasa zaman kanak-kanak dulu serta setiap kali pulang ke kampung halaman. Setiap kali berurusan di Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Hulu Selangor, saya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di pekan Kuala Kubu Bharu ini. Ianya seolah-olah pengubat rindu kepada kampung halaman. Ditambah pula dengan kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara membuatkan tidak terasa masa yang berlalu. Jika anda ingin ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur, singgah...