Posts

Mimpi

Semalam... Aku bermimpi... Alberto Aquilani jaring gol pertamanya... Menentang Bolton sabtu nanti... Mimpi.... Sesungguhnya hanya mainan tidur.... Tapi bukan kepada yang mahu mengerti...

Kembali ke Sekolah

Semalam pasti ramai ibubapa yang kembali ke sekolah... Sama ada menemani anak-anak memasuki alam baru persekolahan...membayar yuran atau membeli lain-lain kelengkapan. Keriuhan dan kesesakan suasana dengan pelbagai karenah dan telatah...membuatkan suasana cukup meriah...kebanyakan mereka teruja dengan suasana dan rakan baru...tak kurang juga ada yang menangis nak balik rumah.. Melihat telatah anak-anak kecil ini...tiba-tiba nostalgia lama menerjah dikotak fikiran aku... Kira-kira 30 tahun yang lampau...aku memulakan alam persekolahan di Sek Keb Kerayong, Bera, Pahang...seingat aku...aku ke sekolah hanya berjalan kaki atau berbasikal yang jaraknya kira-kira 2 km dari rumah aku...tak jadi masalah..sebab jalanraya masa tu lenggang...kayuh basikal tengah jalan pun tak pe.... Aku sebenarnya seorang pelajar yang baik, pendiam dan tidak suka membuat bising (penilaian jujur ni). Namun sifat aku yang suka membela rakan-rakan yang teraniaya...menyebabkan aku sering terpelanting ke kancah yan...

1264 km

Memandu sejauh ini dalam masa 3 hari...memang memenatkan! Namun...kepenatan bagai hilang dipuput bayu jelapang padi...bila mana segala perancangan berjalan lancar dan mencapai matlamat. Syukur alhamdulillah! Selamat Malam....jangan lupa baca doa sebelum tido.... Wassalam!

Darulaman

Esok akan bermula perjalananku ke utara tanahair...Negeri Jelapang Padi... Orang kata...sambil menyelam...minum air dan tangkap ikan sekali... Jadi ada 3 agenda utama aku disana.... Pertama meraikan majlis pernikahan anak sulung kakakku...Mujahid. Jika majlis pertunangannya dulu...aku berperjalanan secara solo...esok aku sekeluarga akan menyertai rombongan tersebut. Semoga perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan Allah Taala. Amin! Keduanya, menyertai rombongan peminangan buat anak lelaki arwah abangku, Tarmizi. Kebetulan bakal tunangannya orang Negeri Jelapang Padi juga. Semoga majlis ini turut diberkati dan dirahmati Allah Taala. Amin! Ketiga...menjenguk keluarga balu arwah abangku di Bukit Kayu Hitam. Biar dicincang2 sekalipun..kasih sayang yang terjalin tidak akan putus. Jika dulu...perjalanan kami diiringi dengan kesayupan Gunung Jerai dan keindahan panorama jelapang padi. Semoga esok situasi dan suasana yang sama menanti. Perjalanan pulang nanti, aku sekeluarga bersama abangku...

Sekeping Kad Hari Raya...

Malam sabtu lepas.... aku menyertai majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Teknik Kuantan sesi 1990/1991. Seronok dan mengujakan....setelah hampir 20 tahun...dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan..memang detik yang paling menarik. Masing-masing dengan telatah dan nostalgia yang pasti tak luput ditelan zaman. Kebetulan...aku dan isteriku merupakan rakan sekelas di sekolah tersebut. Kami mendirikan rumahtangga pada tahun 1999 iaitu kira-kira 8 tahun selepas tamat persekolahan. Dikalangan rakan-rakan sekelas...rasanya mereka tertanya-tanya...kerana semasa di sekolah dulu...memang tiada sebarang khabar angin tentang kami. Apatah lagi...aku ni pemalu orangnya. Jangankan nak bercakap dengan budak perempuan..nak bertentang mata pun aku dah berpeluh-peluh... Namun...aku dah berjanji untuk mencoretkan tentang kisah tersebut dalam laman blog ini. Seingat aku...aku melangkah keluar dari sekolah tersebut selepas SPM dengan tangan dan fikiran yang kosong....yang aku ingat....

Kisah Sebuah Kereta.

Pak Abu mempunyai sebuah kereta Proton Saga edisi pertama yang berusia kira-kira 29 tahun. Sejak beliau membelinya sekitar tahun 1986 dulu...kereta tersebut telah dijaga dengan rapi. Sehingga hari ini kereta tersebut telah menjelajah hampir setiap meter jalan raya di seluruh Semenanjung Malaysia, tanpa sebarang masalah. Dan hari ini...kereta tersebut masih berfungsi dengan baik dan masih mampu mencapai kelajuan standard lebuhraya 110 km/j dengan mudah dan selamat. Apa petua atuk? Tanya salah seorang cucunya baru-baru ini... "Atuk jaga kereta tu dengan baik...servis ikut masa dan batuan yang ditetapkan...memandu dengan cermat...pastikan ianya bersih sentiasa...jangan jemur kat tengah panas dan hujan...macam2 la lagi..." jawab Pak Abu. "Sebab...atuk menghargainya sebagai satu kemudahan dan keperluan buat Atuk" tambah Pak Abu. Kalo rosak sikit-sikit tu biasa la...orang pun kadang2 ada kena demam...batuk... Cucunya tak puashati....tiba2 beliau terpandang neneknya sedang...

Sekali air bah...

Sedih..sebak aku hari ini... Utara sana..petani resah tanaman musnah... Harap mereka tabah terima dugaan tuhan... Musim bah datang lagi... Yang rendah berpindah randah... Yang tinggi jangan gah sangat... November..Disember...silap2 sampai Januari... Bebudak memang suka bebenor... Main air..naik rakit...berenang katak... Jaga-jaga jangan sampai hilang nyawa... Mak bapak jenguk le anak2... Abang kakak jangan pulak tumpang sekaki... Orang kata air bah...tuhan nak basuh bumi... Banyak dosa...nista...keji...dimana-mana... Yang pasti..setiap berlaku ada hikmahnya... Semoga disebalik bencana ada gembira...