Posts

Syiling dan Beras

Dulu duit syiling bertaburan... Orang berebut-rebut kutip... Lupa siapa yang punya... Lupa hak siapa kita geledah... Semalam ada beras yang tumpah... Orang pakat-pakat kaut... Juga lupa siapa yang punya hak... Buat-buat lupa yang Maha Melihat...

Awang

Sedang aku termenung...melihat titis2 hujan gerimis petang...tiba2 tumpuanku terarah ke seekor burung tiung...juga dikenali sebagai burung gembala kerbau...yang hinggap di pintu pagar rumah... Semasa kecik dulu...kami pernah diamanahkan untuk menjaga seekor burung tiung...tuannya terpaksa meninggalkan kepada kami kerana beliau terpaksa keluar daerah untuk beberapa ketika. Nama burung tiung itu Awang. Kami begitu gembira dan berebut2 untuk memberi Awang makan... Setelah seminggu, Awang makin jinak dan tidak perlu dikurung dalam sangkar lagi...Awang seolah2 mengerti bila namanya dipanggil...dia akan terbang ke arah emak bila namanya dipanggil. Namun, pada suatu hari Awang hilang. Puas kami mencari2....emak kelihatan agak risau...mungkin bimbang akan dimarahi oleh tuan burung itu. Kami mula mencari-cari Awang dimerata tempat. Hinggalah beberapa hari kemudian kami terlihat seekor burung tiung mirip Awang bermain-main di rumah jiran kami yang lain. Kami cuba untuk bertanya dan menyatakan ba...

Atas

Image
Lumrah kehidupan. Kekadang di atas. Dipuncak kegemilangan. Dipuja manusia. Dipuji sekalian. Diagung insan. Seolah lupa. Suatu masa dahulu. Pernah berada di bawah. Bukan meminta belas. Tak pernah mengharap ihsan. Apatah lagi merayu kasih dan sayang. Tapi.. Jenguk-jenguklah ke bawah... Kerana...kita pernah berada di sana dulu.

Peluang

Tidak semua orang selalu mendapat peluang... Ada yang langsung tidak pernah... Mungkin ada yang diberi peluang kedua..ketiga...dan seterusnya Peluang ibarat ruang untuk mencapai sesuatu yang dihajati Menempa sebuah impian menjadi pasti Mengubah mimpi menjadi nyata Namun tidak semua orang mampu memanfaatkan peluang Ada yang alpa Ada yang tidak sedar Namun, dinihari esok, Liverpool dihidangkan peluang untuk kembali bangkit Menewaskan Fulham akan meletakkan The Reds di tangga ke-7 carta BPL Kedudukan terbaik musim yang penuh kekecewaan Menebus kembali semua palitan kekalahan demi kekalahan lalu Memadamkan segala igauan buruk Meningkatkan kembali keyakinan Namun kekalahan bukanlah sesuatu yang terlalu buruk Sekurang-kurangnya masing ada peluang Untuk perlawanan mendatang!

Letih

Kalau letih main badminton..main futsal ke...merentas desa ke...tak de hal punya. Perkena 100 Plus seteguk dua....segor le balik. Tapi...bila urusan di jabatan kerajaan yang boleh selesai dalam 10 minit, tapi tergendala hampir2 3 jam....akibat kerenah2 yang tak sewajarnya. Letihnya tak boleh hilang begitu saja...walaupun togok sebotol besar 100 plus... Nampak gayanya masih banyak yang perlu diperbaiki... Walaupun tidak dinafikan beberapa jabatan kerajaan makin meningkat kualitinya, namun sesetengah sektor atau jabatan yang lain masih di takuk lama. Tidak perlu diperincikan rasanya. Permasalahan ini rasanya semua orang pernah melaluinya. Paling kurang pun sekali. Tapi yang tiap-tiap hari melaluinya, ibarat sudah sebati dalam diri. Ada yang kisah dan mahu peningkatan kualiti diperkukuhkan dan dilaksanakan dengan segera. Ada yang tidak kisah..sebab tak perlu berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan tersebut. Hinggalah tiba waktunya. Sebenarnya komitmen, kualiti dan displin kerja boleh di...

Tabah

Dulu Ibu pesan jangan menangis... Jika dia pergi dulu... Tak lama dulu juga.. Ayah kata usah meratap.. Tatkala pemergiannya... Kerana semua itu sudah tertulis... Takdir...Qada' dan Qadar Allah Taala. Tapi... Aku menangis di hari-hari pemergian mereka... Seperti tidak dapat menerima ketentuanNya.. Aku bukan degil...tapi tangisan itu... Air mata itu...adalah aliran jujur sebuah kasih... Kerana selepas itu... Aku akan lebih tabah...

Sabar

Sabar Sesungguhnya sebahagian iman Seharusnya menjadi amalan Supaya memberi ketenangan Atau Sekurang-kurangnya masih ada... Sebuah kehidupan yang boleh diteruskan...