Posts

Cakap

Ada orang cakap dulu Baru buat... Ada orang cakap aje Tak buat-buat Ada orang tak cakap Tapi buat Ada orang tak cakap Dan tak buat Ada orang cakap perlahan Tapi kerja kuat Ada orang cakap kuat Kerja malas Ada orang banyak cakap Ada orang tak cakap-cakap Pensil Patah TTDI KL 4 Jan 2013 5.11 ptg  

Pilihan

Seorang tua dipuncak gunung Kilimanjaro, pernah berkata padaku dalam mimpi... "Dalam kehidupan...kita sering diberi peluang untuk memilih...cuma kadang-kadang manusia tersalah dalam membuat pilihan". Dilemma...ibarat disuruh memilih SUV Honda CRV dengan Toyota RAV....ibarat disuruh memilih Radamel Falcao atau Lionel Messi. Apapun...pilihlah yang selari dan sebati dengan diri.

Ikan

Semasa kecik dulu...keluarga aku ada memelihara satu aquarium ikan puyu... Ikan-ikan ini kami tangkap di paya dan parit sekitar kawasan rumah... Ikan puyu mempunyai sirip yang tajam dan mesti lebih berhati-hati ketika memegangnya.. Silap2 ikan terlepas tangan luka...habuk pun tarak! Berbeza dengan dengan ikan haruan...ianya licin dan tidak bersengat...tapi silap-silap pegang... boleh kena libas...ikan tak dapat orang boleh jatuh dalam paya...habuk pun tarak! balik rumah silap-silap kena rotan dengan mak. Berbalik kepada ikan puyu...setelah terlalu banyak...agak sukar untuk mendapatkan bekalan makanan untuk ikan-ikan tersebut. Jika 2-3 ekor boleh le tangkap belalang untuk beri makan...tapi kalo dah 20-30 ekor...berapa ekor belalang nak tangkap sehari? Hingga tiba suatu hari...kami menonton television tentang projek ikan air tawar..kami lihat mereka memberi pucuk ubi untuk makanan ikan dalam kolam mereka...apalagi...esoknya kami petik seguni pucuk ubi dan masukkan dalam aquariu...

Pandu Cermat

Memandu penuh cermat dengan kelajuan munasabah dilorong perlahan tidak bermaksud suatu pemanduan selamat. Kerana ada pemandu gila memecut 200 km/j di lorong kecemasan. Pandu cermat jiwa selamat!

Peluang Terakhir

Tidak semua bernasib baik... Untuk mendapat peluang terakhir... Membuktikan sesuatu... Menceritakan perkara sebenar... Membetulkan salah tanggapan... Berikan aku peluang itu!

Gila

Bila tak tahu siapa Bila tak tahu kenapa Bila tak tahu bagaimana Bila tak tahu berapa Bila tak tahu apa-apa Bila tak ingat tuhan Bila tak ingat Al-Quran dan Rasul Bila tak ingat solat puasa Bila tak ingat semua Namun terjamin syurga abdultalib kg padang luas, bera

Terima Kasih

Terima Kasih... Kerana merendah diri menerima hakikat... Kerana sabar menghadapi sukar... Kerana tabah dibadai gelora hidup... Kerana tenang walau hati bergelodak... Terima Kasih Kerana jujur walau hanya pada diri... Kerana amanah walau kepala dihentak ke lantai... Kerana hormat sesama manusia... Kerana teguh atas benarnya perkara... Terima kasih!