Ikan

Semasa kecik dulu...keluarga aku ada memelihara satu aquarium ikan puyu...
Ikan-ikan ini kami tangkap di paya dan parit sekitar kawasan rumah...
Ikan puyu mempunyai sirip yang tajam dan mesti lebih berhati-hati ketika memegangnya..
Silap2 ikan terlepas tangan luka...habuk pun tarak!
Berbeza dengan dengan ikan haruan...ianya licin dan tidak bersengat...tapi silap-silap pegang...
boleh kena libas...ikan tak dapat orang boleh jatuh dalam paya...habuk pun tarak! balik rumah
silap-silap kena rotan dengan mak.
Berbalik kepada ikan puyu...setelah terlalu banyak...agak sukar untuk mendapatkan bekalan makanan untuk
ikan-ikan tersebut. Jika 2-3 ekor boleh le tangkap belalang untuk beri makan...tapi kalo dah 20-30 ekor...berapa ekor belalang nak tangkap sehari?
Hingga tiba suatu hari...kami menonton television tentang projek ikan air tawar..kami lihat mereka memberi
pucuk ubi untuk makanan ikan dalam kolam mereka...apalagi...esoknya kami petik seguni pucuk ubi dan masukkan dalam aquarium ikan puyu...tak sampai setengah jam...semua ikan mati...mabuk!!!
Ahhh...sudah apa nak jawab dengan mak dan bapak...masing2 gelabah...
Tapi...elok le juga...tak payah susah2 tangkap belalang lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan