Posts

Penutup Longkang.

Pagi-pagi buta dalam jam 6.00, uncle sebelah rumah sudah bising-bising..hangin satu badan..bukan sebab tak dapat jadi calon PRU13, tapi penutup longkang dia sudah kena usung daa... Budak mana la yang kebas...kurang belacan betoi...agak-agak la nak buat kerja sambilan pun..tolak kat kedai scrap..dapat le Rm20-30..tapi kos nak buat dan pasang balik mungkin berpuluh kali ganda. Apatah lagi kalau uncle tu terjatuh longkang ke...tayar teksi dia terpelosok sebelah..bukan hangin satu badan dah..hangit satu badan. Kadang-kadang perkara yang dianggap remeh oleh segelintir manusia boleh menjejaskan orang lain..letak diri kita disituasi tersebut sebelum kita melakukannya. Sekian, sila periksa penutup longkang anda sekarang. Wassalam.

Penat.

Penat.. bila mana kata tidak didengar. bila mana tiba tidak diendah. bila-bila dimana-mana..

Cakap

Ada orang cakap dulu Baru buat... Ada orang cakap aje Tak buat-buat Ada orang tak cakap Tapi buat Ada orang tak cakap Dan tak buat Ada orang cakap perlahan Tapi kerja kuat Ada orang cakap kuat Kerja malas Ada orang banyak cakap Ada orang tak cakap-cakap Pensil Patah TTDI KL 4 Jan 2013 5.11 ptg  

Pilihan

Seorang tua dipuncak gunung Kilimanjaro, pernah berkata padaku dalam mimpi... "Dalam kehidupan...kita sering diberi peluang untuk memilih...cuma kadang-kadang manusia tersalah dalam membuat pilihan". Dilemma...ibarat disuruh memilih SUV Honda CRV dengan Toyota RAV....ibarat disuruh memilih Radamel Falcao atau Lionel Messi. Apapun...pilihlah yang selari dan sebati dengan diri.

Ikan

Semasa kecik dulu...keluarga aku ada memelihara satu aquarium ikan puyu... Ikan-ikan ini kami tangkap di paya dan parit sekitar kawasan rumah... Ikan puyu mempunyai sirip yang tajam dan mesti lebih berhati-hati ketika memegangnya.. Silap2 ikan terlepas tangan luka...habuk pun tarak! Berbeza dengan dengan ikan haruan...ianya licin dan tidak bersengat...tapi silap-silap pegang... boleh kena libas...ikan tak dapat orang boleh jatuh dalam paya...habuk pun tarak! balik rumah silap-silap kena rotan dengan mak. Berbalik kepada ikan puyu...setelah terlalu banyak...agak sukar untuk mendapatkan bekalan makanan untuk ikan-ikan tersebut. Jika 2-3 ekor boleh le tangkap belalang untuk beri makan...tapi kalo dah 20-30 ekor...berapa ekor belalang nak tangkap sehari? Hingga tiba suatu hari...kami menonton television tentang projek ikan air tawar..kami lihat mereka memberi pucuk ubi untuk makanan ikan dalam kolam mereka...apalagi...esoknya kami petik seguni pucuk ubi dan masukkan dalam aquariu...

Pandu Cermat

Memandu penuh cermat dengan kelajuan munasabah dilorong perlahan tidak bermaksud suatu pemanduan selamat. Kerana ada pemandu gila memecut 200 km/j di lorong kecemasan. Pandu cermat jiwa selamat!

Peluang Terakhir

Tidak semua bernasib baik... Untuk mendapat peluang terakhir... Membuktikan sesuatu... Menceritakan perkara sebenar... Membetulkan salah tanggapan... Berikan aku peluang itu!