Posts

Bola

Sempena Piala Konfederasi yang sedang berlangsung di negara tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil, ada secebis bingkisan tentang bola: 1. Aku pernah menerima sebiji bola pada perhimpunan sekolah daripada guru displin aspuri. Bola itu telah dirembat oleh rakan aspura yang memecahkan beberapa keping cermin tingkap. Glamor gila masa tu..hampeh! 2. Aku pernah meledakkan 2 gol dari tengah padang semasa satu perlawanan antara kampung kira-kira 25 tahun dulu. Setiap kali melintasi padang itu masa balik kampung, pasti detik itu bagai diulang tayang. Mungkin aku pernah menjaringkan 20 atau 30 gol sepanjang karier pendek sebagai pemain bola, tapi 2 gol ini agak istimewa..kurang pasti mengapa. 3. Demam piala dunia remaja 1997 yang dilangsungkan di Malaysia. Aku dan kawan sekuliah nekad untuk ke Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin untuk menyaksikan Argentina menentang England pada aksi sukuakhir. Pablo Aimar, Roman Riquelme, Michael Owen antara yang mencuri tumpuan, Argentina menang 2-1...

Sabar

Hari ini mungkin kepala anda dihentak ke dinding. Tangan dipulas-pulas. Harga diri diperkotak katik. Hati dicarik-carik. Sabar dan bertenang. Mungkin esok anda dipandang tinggi. Dipuja puji Walaupun bukan itu yang diimpi. Kerana hakikat ada hikmah disebalik. Sabarlah. Sekurang-kurangnya.. ada sebuah kehidupan yang boleh diteruskan. Syukur! Alhamdulillah!

Jangan Marah

Jangan marah. Bersabar...bertenang. Supaya orang keliling juga senang. Jangan marah-marah. Kerana amarah buat kita tak tentu arah. Buat orang keliling mula nak pindah. Kalau kena marah. Jangan pula kita marah-marah. Mungkin kita dah buat salah. Kalau kena juga marah. Marahlah dengan kasih dan sayang. Wassalam! Selamat Hari Jumaat yang indah! Pensil Patah. TTDI KL 07062013 08:27am

Penutup Longkang.

Pagi-pagi buta dalam jam 6.00, uncle sebelah rumah sudah bising-bising..hangin satu badan..bukan sebab tak dapat jadi calon PRU13, tapi penutup longkang dia sudah kena usung daa... Budak mana la yang kebas...kurang belacan betoi...agak-agak la nak buat kerja sambilan pun..tolak kat kedai scrap..dapat le Rm20-30..tapi kos nak buat dan pasang balik mungkin berpuluh kali ganda. Apatah lagi kalau uncle tu terjatuh longkang ke...tayar teksi dia terpelosok sebelah..bukan hangin satu badan dah..hangit satu badan. Kadang-kadang perkara yang dianggap remeh oleh segelintir manusia boleh menjejaskan orang lain..letak diri kita disituasi tersebut sebelum kita melakukannya. Sekian, sila periksa penutup longkang anda sekarang. Wassalam.

Penat.

Penat.. bila mana kata tidak didengar. bila mana tiba tidak diendah. bila-bila dimana-mana..

Cakap

Ada orang cakap dulu Baru buat... Ada orang cakap aje Tak buat-buat Ada orang tak cakap Tapi buat Ada orang tak cakap Dan tak buat Ada orang cakap perlahan Tapi kerja kuat Ada orang cakap kuat Kerja malas Ada orang banyak cakap Ada orang tak cakap-cakap Pensil Patah TTDI KL 4 Jan 2013 5.11 ptg  

Pilihan

Seorang tua dipuncak gunung Kilimanjaro, pernah berkata padaku dalam mimpi... "Dalam kehidupan...kita sering diberi peluang untuk memilih...cuma kadang-kadang manusia tersalah dalam membuat pilihan". Dilemma...ibarat disuruh memilih SUV Honda CRV dengan Toyota RAV....ibarat disuruh memilih Radamel Falcao atau Lionel Messi. Apapun...pilihlah yang selari dan sebati dengan diri.