Bola

Sempena Piala Konfederasi yang sedang berlangsung di negara tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil, ada secebis bingkisan tentang bola:

1. Aku pernah menerima sebiji bola pada perhimpunan sekolah daripada guru displin aspuri. Bola itu telah dirembat oleh rakan aspura yang memecahkan beberapa keping cermin tingkap. Glamor gila masa tu..hampeh!

2. Aku pernah meledakkan 2 gol dari tengah padang semasa satu perlawanan antara kampung kira-kira 25 tahun dulu. Setiap kali melintasi padang itu masa balik kampung, pasti detik itu bagai diulang tayang. Mungkin aku pernah menjaringkan 20 atau 30 gol sepanjang karier pendek sebagai pemain bola, tapi 2 gol ini agak istimewa..kurang pasti mengapa.

3. Demam piala dunia remaja 1997 yang dilangsungkan di Malaysia. Aku dan kawan sekuliah nekad untuk ke Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin untuk menyaksikan Argentina menentang England pada aksi sukuakhir. Pablo Aimar, Roman Riquelme, Michael Owen antara yang mencuri tumpuan, Argentina menang 2-1. Tapi, malangnya aku dan rakanku terpaksa tidur kat surau sebab tayar motor pancit..nyamuk punya la banyak...kami tidur terpaksa memakai helmet. Esoknya kami pulang ke hostel ditengah2 kebimbangan rakan2 lain sebab ingat kita orang kena culik.

4. Perlawanan penentuan untuk tempat ketiga Kejohanan Bola Sepak Daerah Kuantan tahun 1991 di Stadium Darul Makmur..Sek.Men.Teknik- 5 Sek.Men.Keb. Bukit Goh -1. Kali pertama bermain di stadium disaksikan oleh Dollah Salleh.

5. Aku pernah kena marah dengan arwah bapak aku, gara2 surat terbuka yang mengkritik pasukan Pahang disiarkan oleh Utusan Malaysia sekitar tahun 1991. Masa tu, Pahang galak membeli pemain bintang luar seperti Zainal Abidin Hassan, Fandi Ahmad, V.Sundramoorty, Dollah Salleh dan lain2..aku mintak supaya PBNP tidak melupakan bakat2 tempatan. Setahun kemudian, Pahang menjulang Piala Malaysia menewaskan Kedah hasil jaringan tunggal Zulhamizan Zakaria, salah seorang bakat tempatan.

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan