Pantai Sepat
Assalamualaikum...
Al-Fatihah...saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa lemas di Pantai Sepat baru-baru ini...semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Secara kebetulan atau sebaliknya....Pantai Sepat ada disebutkan dalam post saya yang lalu "My Favorites"...memang Pantai Sepat merupakan pantai kegemaran saya...kerana ia cukup sinonim dengan kehidupan saya...
Hanya lebih kurang 5 km dari rumah mentua saya....pantai ini pasti menjadi lokasi kunjungan saya sekeluarga setiap kali pulang ke Kuantan. Pantai yang masih segar dan dikelilingi perkampungan tradisi yang cukup tenteram...menjadikan ianya berada pada kelasnya yang tersendiri...
Anak saya yang sulung, Faiz Aziman segera menghubungi to'kinya selepas mendengar buletin pagi mengenai kes kemalangan tersebut....ingin tahu lebih lanjut mengenai kejadian di pantai tersebut....
Kali terakhir saya mengunjunginya pada cuti tahun baru cina hujung Januari lalu....ketika itu keadaan ombak agak kuat dan angin bertiup agak kencang....mungkin masih di dalam musim tengkujuh....untuk aktiviti mandi laut....berhati-hatilah dan pastikan anak-anak mendapat pengawasan sepanjang masa!!!
Jika anda bercuti ke Kuantan...sambil menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur atau di Peramu....jangan lupa mengunjungi pantai ini....

Comments