Naik
Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tambang beberapa jenis pengangkutan awam.
Naik salah...tak naik pun salah. Serba salah jadinya.
Saya pasti majoriti rakyat pasti tidak bersetuju. Ye la..siapa yang nak kos sara hidup bertambah? Tambah2 ditengah-tengah keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ni. Dimana, ada yang kena potong gaji dan lagi teruk kena buang kerja. Tetapi kos sara hidup tetap perlu dilunaskan dan kini meningkat.
Ada sesiapa yang membuat dasar diatas sana yang memikirkan masalah rakyat marhaen ini?
Pasti kerajaan telah menimbang sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan rakyat, khususnya golongan bawahan.
Kerajaan pasti tidak mahu mengulangi keputusan dangkal semasa menaikkan harga minyak secara membabi buta tuli suatu ketika dulu.
Kenaikan mahu tak mahu mesti dibuat juga, tapi mungkin dengan kadar dan masa yang sesuai perlu ditimbang-timbangkan. Agar rakyat yang setiap hari bergantung kepada sistem pengangkutan awam seperti bas, teksi dan bas sekolah, tidak terlalu terjejas akibat dari kenaikan tersebut.
Memang menjadi masalah untuk memuaskan kehendak puluhan juta rakyat Malaysia, tapi sudah menjadi tanggungjawab mereka-mereka yang terpilih sebagai pemimpin untuk melaksanakannya.
Itulah yang membezakan antara pemimpin dan rakyat!!!!

Comments