Semalam pasti ramai ibubapa yang kembali ke sekolah... Sama ada menemani anak-anak memasuki alam baru persekolahan...membayar yuran atau membeli lain-lain kelengkapan. Keriuhan dan kesesakan suasana dengan pelbagai karenah dan telatah...membuatkan suasana cukup meriah...kebanyakan mereka teruja dengan suasana dan rakan baru...tak kurang juga ada yang menangis nak balik rumah.. Melihat telatah anak-anak kecil ini...tiba-tiba nostalgia lama menerjah dikotak fikiran aku... Kira-kira 30 tahun yang lampau...aku memulakan alam persekolahan di Sek Keb Kerayong, Bera, Pahang...seingat aku...aku ke sekolah hanya berjalan kaki atau berbasikal yang jaraknya kira-kira 2 km dari rumah aku...tak jadi masalah..sebab jalanraya masa tu lenggang...kayuh basikal tengah jalan pun tak pe.... Aku sebenarnya seorang pelajar yang baik, pendiam dan tidak suka membuat bising (penilaian jujur ni). Namun sifat aku yang suka membela rakan-rakan yang teraniaya...menyebabkan aku sering terpelanting ke kancah yan...
Malam sabtu lepas.... aku menyertai majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Teknik Kuantan sesi 1990/1991. Seronok dan mengujakan....setelah hampir 20 tahun...dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan..memang detik yang paling menarik. Masing-masing dengan telatah dan nostalgia yang pasti tak luput ditelan zaman. Kebetulan...aku dan isteriku merupakan rakan sekelas di sekolah tersebut. Kami mendirikan rumahtangga pada tahun 1999 iaitu kira-kira 8 tahun selepas tamat persekolahan. Dikalangan rakan-rakan sekelas...rasanya mereka tertanya-tanya...kerana semasa di sekolah dulu...memang tiada sebarang khabar angin tentang kami. Apatah lagi...aku ni pemalu orangnya. Jangankan nak bercakap dengan budak perempuan..nak bertentang mata pun aku dah berpeluh-peluh... Namun...aku dah berjanji untuk mencoretkan tentang kisah tersebut dalam laman blog ini. Seingat aku...aku melangkah keluar dari sekolah tersebut selepas SPM dengan tangan dan fikiran yang kosong....yang aku ingat....
Andaikata kata-kata boleh membuat orang marah dan tidak selesa... Andaikata kata-kata tanpa fakta dan membuatkan si pelantun kata nampak "bongok"... Andaikata tiada "kredibiliti" untuk berkata-berkata... Andaikata kata-kata tidak pernah dipeduli sesiapa... Lebih baik DIAM!
Comments