Jatuh.
Masa kecik-kecik dulu...basikal adalah medium pengangkutan aku adik beradik yang paling utama. Ke sekolah, mengaji atau pegi main bola petang-petang...selalunya kami berbasikal.
Untuk ke jalanraya utama dari rumah, kami perlu menempuh jalan kebun getah dan semak samun di kiri kanan jalan.
Selalunya kami akan terserempak dengan babi hutan, ular, arnab dan kalau bernasib baik sang kancil...syukur la...harimau atau gajah tak pernah kami jumpa dulu...
Kitaorang mempunyai sebijik sorang basikal dan lazimnya kitaorang akan berlumba.
Naluri kanak-kanak seperti kami dahulu, selalunya ingin mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan. Mungkin dah jemu menunggang basikal cara konvensional maka kami mencuba pelbagai gaya tunggangan.
Hinggalah tiba disuatu petang yang hening...tatkala pulang dari mengaji...kami tergerak untuk menunggang basikal dengan tangan bersilang...tangan kiri pegang handle kanan dan sebaliknya...dengan kelajuan kira-kira 30km/j...akibatnya agak parah.
Persilangan tangan tersebut telah membuatkan alignment basikal tidak dapat dikawal dengan baik. Akibatnya ketiga-tiga kami terjatuh dan terbabas dalam semak.
Seingat aku...kaki bengkak sebelah dan tak boleh pegi sekolah...jenuh jugak berurut dengan arwah Pak Cik Ismail...tiga empat hari jugak baru baik...baru tau langit tinggi ke rendah...
Selepas dewasa dan menunggang kapchai pulak..aku tidak pernah mencuba untuk menyilangkan tangan lagi..walaupun naluri nak mencuba tu membuak-buak....

Comments