Statistik
Sebelum perlawanan Liverpool vs Chelsea di Anfield awal pagi semalam, Liverpool ketinggalan 13 mata, defisit 26 gol dan hampir 13 tempat ke bawah carta berbanding pasukan pendahulu Barclays EPL tersebut.
Hanya 1% dari jutaan peminat seluruh dunia yang mengikuti perkembangan EPL meramal bahawa The Reds akan menewaskan The Blues.
Statistik di atas membenarkan segala-galanya.
Namun, dua jaringan pada minit ke-11 dan ke-44 oleh penyerang opurtunistik, Fernando Torres meletakkan Liverpool hampir di landasan sempurna untuk kembali sebagai pasukan yang digeruni.
Untuk rekod, ini adalah kekalahan ke-2 Chelsea musim ini selepas 11 perlawanan, dimana jaringan tunggal Carlos Tevez merekodkan kekalahan pertama Chelsea di Eastland sebelum ini.
Liverpool, sekurang-kurangnya telah berada dilandasan paling betul untuk meneruskan cabaran. Kemenangan ke-4 berturut-turut ini seharusnya memberi motivasi dan semangat yang lebih untuk The Reds terus memberi yang terbaik.
Teruskan perjuangan.
Comments