Letih

Kalau letih main badminton..main futsal ke...merentas desa ke...tak de hal punya.
Perkena 100 Plus seteguk dua....segor le balik.

Tapi...bila urusan di jabatan kerajaan yang boleh selesai dalam 10 minit, tapi tergendala hampir2 3 jam....akibat kerenah2 yang tak sewajarnya.
Letihnya tak boleh hilang begitu saja...walaupun togok sebotol besar 100 plus...

Nampak gayanya masih banyak yang perlu diperbaiki...
Walaupun tidak dinafikan beberapa jabatan kerajaan makin meningkat kualitinya, namun sesetengah sektor atau jabatan yang lain masih di takuk lama.

Tidak perlu diperincikan rasanya. Permasalahan ini rasanya semua orang pernah melaluinya. Paling kurang pun sekali. Tapi yang tiap-tiap hari melaluinya, ibarat sudah sebati dalam diri.

Ada yang kisah dan mahu peningkatan kualiti diperkukuhkan dan dilaksanakan dengan segera.
Ada yang tidak kisah..sebab tak perlu berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan tersebut.
Hinggalah tiba waktunya.

Sebenarnya komitmen, kualiti dan displin kerja boleh dibentuk dan dilatih.

Hendak atau tidak aje!

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan