Lorong Tempunai

Dulu..
Rumah dihujung jalan ini...
Meriah...
Ada anak datang bertandang...
Ada cucu belari-lari riang...

Dulu...
Disinilah tempat mengadu...
Susah senang suka duka kehidupan...

Kini....
Tiada lagi derap jejak sesiapa
Bagai lupa mana asal kita
Bagai alpa dulu ada siapa disana...

Kembalilah...
Walau seketika..
Walau hanya memetik rambai...
Walau hanya menghalau tupai...

Kerana ada kenangan yang kekal...
Tertinggal disini...

Comments

Popular posts from this blog

Kembali

Mudah

Utusan Malaysia